Thursday 16 February 2017

CORETAN HIDUP (LAKARAN KASIH ILAHI)






BAB 6

        Setelah sebulan Amirul Azharuddin meninggalkan tanah air, aku telah menyambung pelajaranku di sebuah sekolah pra-Universiti dalam jurusan sains sukan. Aku minat belajar mengenai psikologi dalam sains sukan dan terus memilih jurusan itu bagi memenuhi kehendak hati dan cita-cita.
Waktu belajar berjalan seperti biasa, tidak sampai sebulan aku disini, banyak assingment dan pembentangan yang perlu dibuat walaupun aku baru memulakan sesi pembelajaran di sekolah itu. Subjek Sains Sukan termasuk Subjek lain bukanlah subjek mudah jika tidak rajin usaha. Semuanya memerlukan penghafalan, jadi perlu banyak membaca.
semasa waktu rehat, aku berseorangan di sebuah bangku berdekatan Taman. Aku buntu memikirkan perasaan ini terhadap Amirul Azharuddin. Mungkinkah rindu terhadap pemuda itu sudah bertamu di hati aku..?. Sampai bila aku nak menipu diri aku sendiri, kenapa aku tak nak mengaku perasaan ini terus terang kepada pemuda itu..?. Sesugguhnya Allah jugalah yang sentiasa mengetahui tentang perasaan ini...Hampir dua tahun aku merahsiakan perasaan ini. Tiada seorang pun yang mengetahui selain Zaim walaupun umi aku sendiri. Aku tidak akan menghebahkan tentang rasa ini,  aku tidak mahu mengecewakan mak cik khadijah dan tidak mahu antara aku dan Amirul Azharuddin akan jadi satu fitnah. Bahaya fitnah pada manusia. Aku tak mahu fitrah cinta yang Allah hadirkan dalam hati aku menjadi satu fitnah tapi biarlah fitrah cinta yang hadir ini menjadi barakah.
          ''Assalamualaikum, Humaira.. ira buat apa dekat sini sorang-sorang, puas Alin cari tau..hajatnya nak ajak Ira temankan Alin makan di kantin’’, Alin Aisyah merupakan sahabat baru aku di sekolah itu menegur aku saat aku mengalamun jauh.
         ''Waalaikumussalam, eh, Alin.. jemputlah duduk..Ira puasa la hari ni..lupa ke yang hari ni,hari isnin...Ira nak puasa sunat..''. Aku mempersilakan Alin Aisyah  duduk. ''Alin tengok Ira selalu termenung seperti sedang memikirkan sesuatu. Do you have problem Ira..?’’, Alin menyoal dengan reaksi muka yang inginkan jawapan yang pasti dariku.
         ''Nope!,im okay..Why my dear..?''. Aku menjawab soalan Alin sambil memandang sepasang mata miliknya. ''Ala, kalau Ira sudi nak cerita dekat Alin, ceritalah, Alin sudi mendengar..'', kata-kata yang diuarkan oleh Alin membuat bibir ini tergerak mahukan pendapatnnya.
         ''Alin,Ira nak minta pendapat boleh''. Aku ingin meluahkan sedikit isi hatiku terhadap Alin.
          ''Minta pendapat apa..?, inshaAllah Alin boleh bagi pendapat kalau Alin boleh bagi...'', Alin senyum,,keakraban aku dan dia teramat rapat sejak kami mula-mula bertemu semasa waktu mendaftar dahulu walaupun masih dalam waktu yang singkat kami berkenalan, kami seolah-olah sudah akrab seperti sudah lama berkenalan. Aku menyenangi gadis itu kerana sifatnya yang peramah dan suka menolong.
           ''Ira suka pada sesorang tapi Ira rasa bersalah dengan perasaan ini, seperti berbelah bagi, walaupun perasaan ini sudah dibalas dengan jawapan yang positif oleh seseorang..'', Ada keluhan dalam kata-kataku.
        ''Alin tak tahu sangat pasal nie tapi Alin pernah baca satu blog ni dia tulis Cinta itu fitrah setiap manusia, Semua orang tak akan lepas dari rasa cinta. Kita kena pandai kemudi perasaan itu agar tak melebihi cinta pada Allah. Perasaan itu tak boleh nak tolak, Cinta itu anugerah dari Allah, tapi cinta itu harus ikut batasan syariat. Boleh Alin tahu siapa yang berjaya menawan hati Ira?..''.
         Alin Aisyah memberi pendapatnya. ''Err..seorang hamba Allah yang amat hebat perilakunya..'', kataku menutup sebaris nama yang telah terukir dalam hati ini. ''yake?..ke Amirul Azharuddin ni?..sama seperti, yang tertulis di buku nota Ira tuu..''..Berdetak hati Humaira Azzahra Nur Ira apabila sebaris nama itu dituturkan oleh Alin yang sambil memuncungkan mulut ke arah sebuah buku notaku yang terpampang sebaris nama Amirul Azharuddin di hadapanku.
          Segera aku menutup buku nota itu, aku betul-betul tidak perasan sejak bila tangan dan jari jemari ini menulis nama itu dalam buku nota tersebut. Aku cuba sebolehnya untuk mengawal rasa hati ini kerana terlalu terkejut bila terdengar sebaris nama itu di corong telingaku. Seperti mahu menitis air mata, aku sebolehnya menahan takungan air mata daripada menitik jatuh.
          ''emm, tuu ustaz Ira, kawan Ira la ni yang conteng buku nota Ira..saje dia la tuu..'',
ada sedikit getar dalam alunan suara yang aku suakan kepada Alin untuk menutup rasa terkejut dan malu yang datang bertandang secara tiba-tiba.
        ''oh! yake..ingat siapa lah tadi...jom masuk kelas..''.
selamber suara Alin mengajak aku ke kelas tanpa syak apa-apa dari segi riak wajahnya.
        ''Alin pergi dulu..dah pukul 10..00 pagi, Ira nak solat dhuha kejap nanti tak sempat pulak nak masuk kelas...Ira pergi dulu ek..''kataku kepada Alin, sambil kaki ini melangkah ke musolla.
Setelah siap menegerjakan solat Dhuha, aku mengambil kesempatan masa yang ada menadah tangan memohon kepada Allah kekasih yang abadi.
        ''Ya Allah, Andai kata pemuda itu bukan tercipta untukku maka KAU jauhkanlah perasaan ini..aku tak mahu menanggung seksa apabila jatuh cinta pada pemuda itu. Bahagiakanlah dia walaupun bukan denganku. Ya,Allah kau jagalah perasaan ini hanya untuk bakal suamiku nantihanya untuk jodohku..Amin..'', sambil meraup telapak tangan ke muka.
Tenanglah duhai hati. Mungkin dia bukan pemilik hati dan cintaMU selepas Allah dan Rasul, pasrah dan beristikarahlah sehingga kau mendapat jawapan istikarah kau, jangan pernah berputus asa...kejarlah cita-citamu untuk menjadi seseorang insan yang berjaya..lupalah sekejap tentang perasaan itu,,berserah sahaja kepada Allah...
semasa  melangkah kaki keluar dari mussola..tiba-tiba satu suara menyergah masuk ke dalam corong telinga membuat aku terpinga-pinga kerana terkejut.
           ''Humaira Azzahra Nur Ira,awak disini rupanya, saya cari awak dari tadi lagi..jom ikut saya jumpa cikgu..'', Ajak Izzul selaku Ketua perwakilan pelajar pra-Universiti dalam keadaan tercungap-cungap..''Tapi 5 minit lagi kan waktu belajar?..'',
 soalku kerana musykil dengan tindakan Izzul yang menggesa aku mengikutinya...
           ''Awak ni banyak cakaplah, Cikgu Azam nak jumpa dengan kita..adahal katanya..jomlah..''..kata Izzul dengan tergesa-gesa.  ''kenapa saya pulak?..saya bukan sandang jawatan apa pun..'', aku makin musykil dan terkeliru..''Ikut je lah,nanti awak akan tahu jugak..'', kata Izzul sambil menggesa aku untuk bergerak cepat...Izzul mengetuk pintu bilik cikgu Azam dan memberi salam.
           ''Assalamualaikum cikgu, ni Humaira yang saya ceritakan pada cikgu tuu..''...kata Izzul sambil melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi dihadapannya. Aku makin keliru dengan tindakan pemuda itu, apa yang dia maksudkan dengan 'ceritakan' pada cikgu Azam tu.
           ‘'Humaira, sila duduk..tak letih ke duk tercegat dekat pintu tu..''..Cikgu Azam menjemputku duduk sambil Izzul mengheret sebuah kerusi ke arahku. ''Kenapa ni cikgu?..pelik je saya tengok..'', aku bersuara untuk mendapatkan kepastian. ''pelik ke?..saje je nak buat awak suspen dengan saya..Izzul cakap yang awak pandai mengatur aktiviti..betul ke?..''..kata cikgu Azam buat aku mengelamun seketika sambil mata aku melilau ke arah Izzul yang masih 'steady' di kerusinya. Izzul yang cakap macam tuu?..apa kes pulak ni?.
         ''cikgu nak saya aturkan aktiviti apa pulak ni?..'', tanyaku dalam nada tidak puas hati dengan tindakan Izzul yang aku fikir dia cakap macam tuu sebab nak memudahkan kerjanya saja.
          ''Izzul cakap..yang awak dengan dia dulu satu sekolah,awak pandai aturkan aktiviti sebab saya dan Izzul dah pening nak aturkan macam mana. Saya terpaksa aturkan aktiviti ni untuk awak semua la arahan dari penolong kanan tingkatan enam tak kan saya nak membantah, saya tak biasa aturkan aktiviti ni Jadi saya panggil Izzul, Izzul cakap awak yang berpengalaman dalam hal ni..'', terang cikgu Azam dengan bersungguh-sungguh untuk mngharapkan simpati dariku.
         Cikgu Azam ni lucu juga perwatakannya membuat aku tersenyum sendirian  tapi aku tetap salah sangka dengan Izzul sebab tu orang pernah cakap 'dont judge book by its cover' . Aku salah sangka dengan tindakan Izzul sebentar tadi.
         ''okay cikgu!..tapi saya bukan pandai sangat tapi inshaAllah saya akan cuba..emm,maaf Izzul..'', Izzul mencebik mulutnya sahaja memberi respon kepada kata-kataku.
        ’’nah!,,ini masa,tempat dan jumlah senarai cikgu yang terlibat. kalau ada apa-apa nanti awak bagi tahu cikgu atau Izzul je..'', aku mengambil fail yang diberi oleh cikgu Azam dan meminta diri untuk ke kelas.
Waktu sekolah sudah tamat kerana angka jam sudah menunjuk pukul 1.30 petang..Aku mengemaskan buku-buku dan alat-alat tulis dan meletakkannya di dalam beg sandang sekolahku. ''Ira!..Alin balik dulu..bye'', kata Alin sebelum pergi seperti biasa aku adalah orang yang terakhir berada dalam kelas, aku mengunci pintu kelas menggunakan mangga dan melangkah kaki ke garaf motor.
        Setelah sampai di rumah, Kelihatan nenekku sedang menuggu di hadapan pintu pagar rumah ku. ''Nenek..kenapa tak masuk?..'', kataku setelah melihat neneku hanya tercegat di hadapan pintu..''nak masuk macam mana pagarnya terkunci..?..'', kata neneku dalam nada yang garang mungkin kepenatan kerana terlalu lama menunggu..''jom masuk nek,umi pergi ambil Inaz kat sekolah..'', kataku memujuk nenekku kerana reaksi mukanya kelihatan tidak berpuas hati...
Apabila melihat nenek aku, aku teringat akan kesengsaraan yang aku alami waktu  kecil dulu. Aku tidak berapa disukai oleh keluarga umiku. Mungkin kerana rupaku yang tidak cantik sebab itu aku selalu dihina oleh mereka.
 Aku jadi merendah diri kerana sejak dari kecil lagi aku dihina bagai kucing kurap. Waktu aku sekolah rendah dulu, Aku selalu singgah  di rumah nenek ku..walaupun terasa amat berat hati ini untuk ke sana..apakan daya yang aku ada, aku terpaksa pergi ke sana juga untuk menunggu ayah mengambil aku. Masih tergiang-ngiang kata hinaan yag dilontarkan kepadaku.
              ''kenapalah kau ni hodoh sangat ah?..muka kau,sikit pon tak macam umi kau..dah lah bodoh..'',
Walaupun aku masih bersekolah rendah tapi aku punyai perasaan. Sampai sekarang hinaan itu masih dilontarkan kepadaku. Aku takut untuk berdepan dengan semua orang disekelilingku, aku takut kalau-kalau mereka mengejek aku.,  pada waktu dulu aku pernah terfikir juga,  kenapa aku dilahirkan di dunia ini..?..kenapa?.  Aku juga pernah cuba untuk membunuh diri sebab aku merasa terbeban jika berada bersama mereka Tapi Allah lebih menyayangi aku.
 Aku terselamat daripada kejadian itu. Allah masih memberi peluang kepada aku untuk bertakwa kepadanya...aku kesian dekat umi aku sebab dapat anak yang hodoh seperti aku tapi apa yang boleh aku buat semua ini sudah ketentuan. Aku benci dengan diri aku sendiri, aku benci...kenapa aku terlalu hodoh.
           Ya,Allah ampunkanlah dosa aku yang dulu kerana tidak mengenal erti kesyukuran. Mata aku berkaca menahan segala kenangan pahit yang tiba-tiba muncul bertandang di fikiranku. Aku perlu tabah dengan ujian ini sambil jari jemariku mengesat air mata yang telah pecah dari empangan air mata mengalir ke pipi, aku melangkah menyusuri nenek dari belakang.
       ''nenek,tunggu sini kejap..Humaira nak buat teh..'', kataku dalam nada hormat.
         ''pandai ke kau buat teh?..tak payah..tak nak aku..geli nak minum air kau buat..tahi kau pun , basuh tak cuci,,ada hati nak buat teh dekat aku...tak padan dengan hodoh..'', lontaran kata hinaan yang diberikan aku tahan dengan pasrah.
kenapa dia begitu membenci aku, tak kan disebabkan rupaku sampai begitu hinaan yang diberi. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang mahu Allah berikan kepadaku...inshaAllah. sesungguhnya DIA jualah yang maha mengetahui.

kelihatan umiku sudah pulang, aku terus meluru masuk ke dalam bilik. Aku mahu mengadu perasaan ini pada kekasihku yang kekal abadi. Aku tak dapat menghentikan air mata yang mencurah jatuh ke pipi walaupun ketika dalam solat. Setelah selesai, aku menadah tangan mengadu nasibku kepadaNYA.

No comments: