Thursday 16 February 2017

CORETAN HIDUP (LAKARAN KASIH ILAHI)




BAB 3

 Subhanaallah, ''aik..jauh temenungnya Humaira ,, teringat Boyfriend ke?'', Aku disapa oleh satu suara dari belakang..cepat-cepat aku sembunyikan buku di tangaku ke belakang.
               ''Kak Wardah rupanya...ingat siapalah tadi..'',tegurku menyapa kak Wardah.
                ''Humaira ni..baca buku apa tuu..akak tengok bukan baca buku tapi duk temenung je..eh!,,bukan ke esok keputusan SPM dah keluar''..tanya kak Humaira sambil melabuhkan punggungnya di atas katil bujangku itu.
                ''iya kak Wardah, Humaira nak check online je..lepas tuu lusa baru pergi ambik..lagipun esok Humaira ada kerja sikit kak..''..kataku.
                 ''kerja apa ya Humaira oii..dah esok terus balik Kampung biar kak wardah yang hantar..pasal kerja tuu biar akak yang uruskan ok..'',kata Kak Wardah sambil meluru keluar dari bilikku.
 Aku menutup buku tadi dan mengambil telefon, aku memandang skrin telefon bimbitku sambil jari jemariku menaip mesej kepada umiku.
                ''Umi esok, Kak Humaira balik,,kak Wardah yang hantarkan,umi temankan Kak Humaira ambik result esok..ok..?'', bila selesai menghantar mesej kepada umiku tersayang. Aku ingin menyambung membaca buku tadi tetapi tiba-tiba aku diganggu oleh bunyi telefon bimbitku menandakan mesej masuk.
                    ''ish sejak bila plak umi balas cepat mesej ni,k adang-kadang mahu letih nak tunggu umi balas'', kataku sendirian sambil membuat gelak kecil,  mesej ni bukan dari umi tapi dari siapa, Aku terus menekan punat di papan kekunci telefon  dan memandang skrin telefon bimbitku.
   '' Assalamualaikum saudari,maafkan saya kerana baru sekarang menghantar mesej kepada   saudari
      saya adalah jejaka yang membuat saudari tertanya-tanya sudah sekian lamanya,
      sebenarnya saya mahu terus merahsiakan tentang diri saya sehingga tiba masanya nanti,
      saya menghantar mesej ini kerana ingin memberitahu saudari supaya sentiasa berdoa kepada,
      Allah jika saudari takut untuk mengambil keputusan spm esok,Saudari perlu tahu yang Allah,
      sentiasa bersam saudari..''
subhanallah, siapalah gerangan pemilik yang menghantar pesanan ini, sudah sebulan dia tidak menghantar mesej kepada aku..kali terakhir dia hantar mesej semasa aku bersama rakan-rakan di resort dekat pantai tapi kenapa baru sekarang, mesej yang aku terima malam ini membuat hati aku tertanya-tanya, nak balas ke tak..? balas la...jari jemari aku terus sibuk menaip setiap patah perkataan yang ingin ditulis melalui skrin telefon bimbitku.
     ''Waalaikumussalam saudara,terima kasih atas nasihat saudara
       saya mahu membuat satu perjanjian dengan saudara,
       kalau ditakdirkan keputusan spm saya 4A ke atas saya nak
       saudara bagitahu siapa diri saudara..boleh..?''
lega rasanya dapat menghantar mesej itu harap-harap dia setuju dapat jugak aku tenangkan hati ini dari duk tertanya-tanya  plak.
            Pada pukul 10.00 pagi aku berada di sekolah bersama umiku yang tersayang yang setia menjadi meneman aku semasa aku mengambil keputusan spm. Aku harap keputusan ini tidak mengecewakan umiku, kalau keputusan tidak memberangsangkan atau cemerlang, aku hanya mahu berkongsi semua suka dan duka bersama umi..bila melihat raut muka umiku dapat aku rasakan keperitan hidup yang dia alami selama ini..umi hanya mahu aku berjaya. Semasa aku sekolah dulu,  umi sanggup menghantar aku ke kelas tambahan walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Aku masih ingat pesan umi ketika itu. ''Kak Humaira, Umi yakin dengan kebolehan kak walaupun kak tak pandai di mata orang lain, umi tahu kakak boleh buat, belajar rajin-rajin.'', pesanan umiku sambil aku mencium kedua tangannya untuk bersalam. Semua orang tak sempurna, begitu juga umiku. Kekurangnya aku anggap sebagai kelebihan yang ada pada dirinya, Aku mahu menjadi wanita seperti umi aku, seseorang yang tabah, sabar dan akan teruskan perjuangan walaupun banyak rintangannya yang perlu ditempuh itulah kehidupan. Tiba-tiba lamunan aku terhenti.
              ''wei,Humaira apasal kau tercegat dekat sini, pergilah jumpa cikgu ambik 'result' kau..jom aku temankan..''..sahabat aku menyapa aku sambil menarik tanganku.
Berdebarnya perasaan itu tak dapat aku tuliskan dengan perkataan dan berbicara dengan kata. Hanya Allah yang maha mengetahui segala perasaan yang aku rasakan sekarang. Aku berdebar kerana umiku bersama aku, aku takut dia kecewa. Selepas menanda nama, cikgu memberi aku slip peperiksaan dan mengucapkan tahniah.
Apa keputusannya belum aku ketahui, aku berlari seperti seorang kanak-kanak yang mahukan pelukan ibunya tanpa menghirau apa yang orang nak cakap tentang aku, aku menuju ke arah umiku.
                ''umi,kak Humaira minta maaf, hanya dapat 5A je''., sambil mencium tangan umiku takungan air mata melimpahi ke pipiku. 
Aku tak pernah bayangkan keputusan itu sebab selama ini aku tak pernah mendapat keputusan sebaik itu, aku terima keputusan itu sebab aku tahu kemampuan aku.  Umiku hanya mampu mengukir senyuman, senyuman yang paling manis yang pernah aku tengok adalah senyuman umi, Umi adalah insan yang paling hebat.
                 ''ok la nie..nak 'A' banyak-banyak buat apa jangan tamak, bagi 'A' nie kat orang lain jugak'', gurauan umi membuat aku tersenyum lega.
Setelah mengucapkan salam perpisahan kepada sahabat-sahabat perjuanganku terutamanya kepada sahabatku, Aini yang sentiasa menemani aku ketika tiada sesesiapa yang ingin berbicara denganku, aku senang bersamanya dan berharap dapat bertemu lagi dengannya, aku menyeluk poketku dan mengambil telefon bimbitku..jari jemariku leka menaip sesuatu.
        ''Assalamualaikum saudara,saya dah dapat keputusan spm,4A ke ats
          apa jawapan saudara?..saya menunggu..''
aku harap dia bagi 'respon' kepada mesejku. ''Umi, Aini cakap esok ada majlis perpisahan dekat sekolah untuk 'form' 5, boleh tak kalau kak Humaira ikut''..tanya aku kepada umi..umi hanya mengagukkan kepala memberi jawapan 'YA' kepada pertayaanku.
Pada awal pagi itu aku menyiapkan diri untuk ke majlis perpisahan tersebut.
               ''Aini cakap hari ni, cikgu nak jemput penceramah, ceramah pasal ape plak ek?..''..aku berbicara sendirian sambil mengenakan 'pin' di tudungku yang berwarna 'dark pink' agar ianya kelihatan lebih kemas yang disendodongkan dengan dress aku yang berwarna 'plain pink'.
Setelah siap aku meluru keluar ke ruang tamu dan mengambil beg sandangku.
                ''umi, kakak pergi dengan Aini, dia cakap nak ambik dengan kereta mama dia''..kataku pada umi.
                 ''kenapa pergi dengan Aini, umi pun boleh hantar..tak menyusahkan dia ke?''...aku melabuhkan punggungku di atas sofa bersebelahan umi.
              ''umi..kalau umi hantar, adik-adik nak suruh siapa jaga..nak harapkan widad ke?..jangalah umi..tak menyusahkan pun sebab Aini suruh temankan dia jugak''.
Kedengangan bunyi hon kereta diluar rumah, kelihatan kelibat kereta 'Myvi' ungu di hadapan pintu pagar. Aku terus meluru keluar sambil mecium tangan umi dan sempat lagi menarik pipi tembam adik bongsuku yang masih mentah berumur 3 tahun.
Dalam beberapa minit berada dalam kereta, tiba-tiba enjin kereta dihentikan setelah sampai ke kawasan sekolah. Kelihatan sudah ramai orang berkumpul di dewan seperti biasa, aku dan Aini sentiasa lewat kerana lewat kami terpaksa akur untuk berada di meja bahagian belakang sekali.
           ''belakang pon belakang la..asal makanan sedap-sedap'', kata Aini untuk melegakan hati kami.


Dewan itu diserikan dengan pelbagai lagu untuk memeriahkan majlis tersebut sebelum sesi berucap dimulakan. Gegedang telinga aku tertarik kepada satu lagu dendangan oleh kumpulan
UNIC-HANYA TUHAN YANG TAHU..
    
     'KU PENDAMKAN PERASAAN INI,KU RAHSIAKAN RASA HATI INI,
      MELINDUNGKAN KASIH YANG BERPUTIK TERSEMBUNYI DI DASAR HATI,
      KU POHONKAN PETUNJUK ILAHI HADIRKANLAH INSAN YANG SEJATI,
      MENEMANI KESEPIAN INI,MENDAMAIKAN SEKEPING HATI,
      OH TUHANKU,BERIKANLAH KETENANGAN ABADI UNTUKKU MENGHADAPI ,
      RESAHNYA HATI INI MENDAMAIKAN KASIH INSAN YANG KU SAYANG,
      
      DIHATI INI HANYA TUHAN YANG TAHU,DIHATI INI AKU RINDU PADAMU,
      TULUS SANUBARI MENANTIKAN HADIRMU,HANYALAH KAU GADIS PILIHANKU,
     
      OH TUHANKU,BERIKANLAH KETENANGAN ABADI UNTUKKU MENGHADAPI ,
      RESAHNYA HATI INI MENDAMAIKAN KASIH INSAN YANG KU SAYANG,
      
      DIHATI INI HANYA TUHAN YANG TAHU,DIHATI INI AKU RINDU PADAMU,
      TULUS SANUBARI MENANTIKAN HADIRMU,HANYALAH KAU GADIS PILIHANKU,

 Aku mula meminati lagu ini setelah aku merasa resah di dalam hati ini pada ketika dulu. Sejak hari itu aku mula mendengar lagu ini untuk mengamit semula kenangan yang terindah dalam hidup aku. Aku mula mengenangkan kenangan itu dalam lamunanku sambil meletakkan tangan didagu.
                   ''wei..dah-dah la tu mengelamun..kau ni tak berubah-berubahkan..adoi la! apa nak jadi dengan kawan aku sorang ni..'', aku hanya menjelingkan mata ke arah kawanku kerana terkejut dengan sergahan kata-kata Aini sebentar tadi.
Kelihatan semua telah menjamu selera dengan hidangan yang sudah terhidang di atas meja masing-masing, hidangan Tom Yam campur yang menjadi hidangan utama dengan hidangan lain sebagai pelengkap, lamunan yang panjang membuat pinggan aku masih bersih tanpa diisi dengan makanan.
Setelah kami menjamu selera, selepas pengetua memberi ucapan , pengerusi majlis menjemput penceramah untuk memberi ceramah sebagai memenuhi jadual aturan dalam majlis tersebut.
Ceramah dibuat  untuk pelajar meneruskan perjuangan dalam menempuhi kejayaan yang seterusnya. Aku masih menghabiskan sisa makanan yang masih belum habis, hampir tersedak aku dibuatnya apabila penegerusi majlis pengumumkan nama gerangan yang memberi ceramah,
                ''saya sebagai pengerusi majlis mengambil kesempatan untuk menjemput ustaz Amirul Azharuddin untk memperlengkap lagi majlis Perpisahan tingkatan lima, dipersilakan..''...ustaz Amirul Azharuddin..?, macam mana plak..?. Kenapa bukan orang lain...macam-macam pertanyaan yang masih berlegar-legar dalam fikiran yang membuat aku ternganga kerana dek tekejut.
                ''woi,,apasal plak kau ni, tutup mulut tuu, masuk lalat nanti, tak pasal-pasal masuk hospital'',,gurauan Aini membuat aku tersedar dari lamunan yang entah kemana.
                ''Bismillahirramanirrahim.Assalamualaikum...walhamdulillah...wa laa ilaa ha illlalah wallahu akbar....Syukur Ya Allah...selautan syukur saya panjatkan kepada Allah dengan izin dan kurniaNya yang mengizinkan saya untuk datang bertemu dengan adik-adik saya sekali lagi. syukran jazilan kepada puan pengerusi dan guru-guru. Anda masih mengingati saya benar..?..setiap masalah yang anda hadapi saya bantu sedaya upaya saya..terima kasih kepada yang sudi menghantar mesej kepada saya menayakan pendapat dan soalan...saya bukan nak cakap banyak..tak nak stress-stress kita sama-sama menghayati apa yang hendak saya sampaikan..sesiapa yang mengantuk jangan malu jangan segan boleh kalau nak excersise kt depan pentas untuk menghilangkan rasa mengantuk..''...gurauan Amirul membuat dewan Ibnu Sinar bergemar kerana gelak ketawa para pelajar lepesan SPM yang terusik dengan gurauan tersebut.
              ''gelak-gelak jugak..lepas dapat 'result' bak kata oarang putihnya 'keputusan' bak kata orang melayunya..apa yang adik-adik nak buat..Ustaz bukanlah tua sangat , hanya 3 tahun tua dari adik-adik..maksudnya ustaz baru 3 tahun mengalami perasaan yang adik-adik rasakan sekarang...ustaz tahu bebenor la..kalau ustaz lepas SPM ustaz nak cari 'awek' la..ishhh...betul ke ustaz ni..tak ada gurauan semata-mata..lepasan SPM tak bermakna kita dah boleh bercinta..ingat tuu'', sungguh pandai ustaz Amirul Azharuddin mengambil perhatian para hadirin dengan kata-kata yang menarik.
Hati aku seperti gelak sendirian kerana gembira , terlalu gembira melihat wajah yang sudah sekian lama aku merinduinya, selama ini hanya gambar dalam muka buku yang ku lihat, sekarang ianya betul-betul berada di hadapan mata aku memberikan ucapan dan kata-kata seperti indahnya penulisan dalam muka buku itu. Aku boleh mahu saja aku berdiri di sebelah Amirul Azharuddin dan meluahkan segala-gala yang terbuku di dalam hati ini.
               ''hello! kau ni temenung lagi...ish renung muka ustaz ke atau pun dengar apa yang dia cakap''...lamunan mimpiku terhenti dek teguran Aini.
              ''Kau ni Aini selalu buat aku terkejut..tak ada lah..weh,tadi ustaz cakap terima kasih kepada sesiapa yang mesej dia tanya soalan apa entah, masa bila plak dia bagi number telefon dia kat kita,,aku tak tahu pon..''..tanya aku kepada Aini setelah tiba-tiba satu soalan menyinggah dalam fikiranku.
              ''tu la kau..dulu suka berangan dekat pantai,,mana nak tahunya kalau Ustaz bagi kat kitaorang..nih number dia?...sambil menghulurkan telefon samsung young warna hijau milik Aini kepada aku..satu soalan yang selama ini menyinggah di benak fikiranku terjawab..number telefon ini seperti aku kenal, orang misteri tu ustaz Amirul Azharuddin?????...!!!...seperti mahu meletup kerana kebenaran dan jawapan yang betul-betul membuat aku terkesima.

No comments: