Wednesday 15 February 2017

CORETAN HIDUP ( LAKARAN KASIH ILAHI)



Permulaan...
   Saat aku hanyut dibuai rasa kehangatan cinta anugerah Allah kepada manusia..cinta antara sang Hawa dan sang Adam...aku terus terleka bertapa hina perbuatan aku di mata Allah...tapi aku tak pernah tahu adakah perbuatan ini satu ''DOSA''...aku hanya terbuai dengan segala keindahan cinta tuu..rasa disanyangi seperti mimpi menjadi kenyataan...luahan rasa cinta dan sayang membuat aku hanyut..disebabkan terlalu bahagia dibuai dengan kata-kata manis seorang lelaki...aku mula menaruhkan perasaan dendam kepada seorang lelaki kerana seorang lelaki yang telah membuatkan mula membencinya...Walaupun aku mula terbuai dengan rasa kehangatan cinta namun hati kecil ku tetap terdetik untuk membenci...Aku tidak pernah mengetahui bahawa ''COUPLE'' itu haram...aku mula memainkan perasaan seorang lelaki..aku mahu dia mengetahui apa yang seorang perempuan rasa apabila disakiti..
     Pada suatu ketika...Allah telah menemukan aku dengan seorang hamba Allah yang sangat hebat perilakunya..pertemuan ni terjadi semasa aku membuka satu laman sesawang sosial..niat aku untuk mempermainkan dia..tapi dengan kata-kata yang diberi..teguran dia terhadap aku..membuat aku tersentap..sungguh indah kata-kata dia untuk menegurku..selama ini ramai yang menegurku tapi aku tidak pernah peduli walaupun teguran itu sangat lembut bahasanya...''Apakah maksud semua ni Ya Allah..??''...aku tertanya-tanya apa maksud semua ni...tetapi apabila seorang hamba Allah yang hebat itu menegurku,ku tersentap..Setiap kata-kata dan nasihat yang diberi, aku lakukan tanpa sedikit bantahan...aku pernah meletakkan gambar yang tidak menutup aurat yang sempurna walaupun aku memakai jilbab...dia menegurku..sejak itu baru aku mengerti bahawa aurat wanita bukan setakat menutup rambutnya sahaja tetapi keseluruhan tubuhnya perlu ditutup dari pandangan mata lelaki yang bukan mahram...sejak dari itu aku mula menjadi rapat mengenalinya sebagai seorang ustaz,teman rapat dan seorang guru kepadaku..setiap ilmu yang diberi aku pratikkan dengan baik...aku yang dulu bukan la yang sekarang..aku mula menanamkan tekad yang dalam untuk menjadi seorang srikandi muslimah yang sejati bukan untuk tatapan lelaki semata-mata...
       Hari demi hari berlalu..aku mula memahami erti seorang sahabat yang sebenar..selama ini aku ada ramai kawan atau sahabat,lelaki mahupun perempuan..tetapi semuanya ibarat seperti duit syiling bukan seperti cermin...duit syiling didepan lain di belakang lain..cermin didepan sama dibelakang pun sama...kalau aku sedih,tiada siapa yang mahu mendengar rintihan aku kecuali seorang hamba Allah yang hebat itu...Allah adalah tempat mengadu yang terbaik..Allah menghantar seorang sahabat untuk kita meluahkan perasaan supaya seorang sahabat dapat menasihati dan mendengar rintihan kita...setiap manusia tidak lari daripada menerima ujian Allah terutamanya manusia dalam menuju jalan ke perubahan yang baik...Aku berasa senang bila mendengar nasihat dia tatkala aku sedih..
        sudah lebih setahun aku mengenalinya di alam maya..aku pernah menemuinya hanya sekadar untuk berjumpa dengannya buat kali terakhir sebelum dia merantau mencari ilmu di negeri orang...bertapa sedih bila aku terpaksa berjauhan dengannya..kalau aku ada masalah siapa yang sudi mendengar?...tidak pernah aku berasa sedih sedemikian sebelum ini walaupun aku ada banyak masalah...seharian aku berteleku dihadapan sejadah..memohon agar Allah menenangkan hatiku dan mempermudahkan perjalannya ke sana..tetapi semakin dekat kepermegiaanya ke negeri orang, aku mula merasa resah tak keruan...aku berteleku dan bermunajat kepada Allah..hanya Allah yang mengerti perasaan aku..aku sendiri pun tidak mengerti mengapa perlu aku mengeluarkan air mata ini..Aku menunggu panggilannya dan balasan mesejnya kepadaku sebelum dia berangkat pergi..tetapi tiada satu pun yang terjawab..aku masih berteleku di sejadah memohon petunjuk Allah...tidak sampai 5minit keberangkatannya ke sana..telefonku berdering...senyumman yang ku ukirkan setelah melihat gerangan hamba Allah yang menelefonku , bertapa syukurnya bila dapat mendengar kata-kata nasihat dia sebelum dia pergi...''jaga diri..ingat Allah..jaga aurat..jangan lupa pakai tudung labuh,stoking,handsock sebelum keluar rumah..''...Tidak tertahan sebak didada..aku hanya mengiyakan sahaja setiap nasihat yang diberi..''awk jangan lupa buka laman sosial ok..nanti kalau saya ada masalah saya nak awak mendengar melalui tulisan mesej saya ya?...kalau dah sampai dekat sana jangan lupa call atau mesej saya ya?..''..dia mengiyakan kata-kataku dan meletakkan gagangan telefon tersebut.
         aku harap dia masih mahu dan sudi menerima aku sebagai seorang sahabat yang sentiasa memberi nasihat tatkala aku lalai atau tatkala aku mahukan jawapan yang sukar...sejak aku mengenali seorang hamba Allah yang hebat itu..setiap perwatakan ku,aku tidak pernah berlakon semuanya diri aku yang sebenar... aku bukanlah seorang gadis yang pandai atau berakhlak mulia sangat tapi aku cuba untuk menjadi muslimah yang terbaik...inshaAllah..


terima kasih kerana sudi menjadi sahabat terbaik dalam hidup saya..walaupun awk lelaki dan saya perempuan..awk jangan risau saya tidak akan jatuh cinta dengan awk..saya akan tetap menjadi sahabat awk...Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

BAB 1
     Pada hening pagi yang indah...aku terpaksa menghadiri satu seminar bersama sahabat-sahabat perjuanganku di sebuah resort yang mungkin amat dikenali di kelantan...kami bertolak pada awal pagi dengan sebuah bas...seminar ini diadakan bertujuan untuk menaikkan semangat jati diri kami sebagai pemimpim pelajar di sekolah dan diajurkan oleh sekolah seperti biasa aku memulakan perjalananku bersama rakan-rakan dengan bacaan bismasmallah ,moga-moga Allah memberkati perjalanan kami. Aku masih ingat pesanan seorang ustaz kepadaku..sebelum keluar rumah jangan lupa check dirri kita dulu..aurat kita macam mana?..cukup sempurnakah?..jangan lupa pakai handsock..sarung kaki..tudung labuh..baju tak ketat sangat...InshaAllah pesanan itu tidak akan aku lupakan dan akan selalu amalkan untuk menjadi srikandi yang terhebat.
 Dalam lamunan aku tersentap dengan panggilan sahabatku.
''kita dah sampai dah...dah cukuplah kau berangan tuu..'', Entah kenapa tiba-tiba hati aku seperti tenang sangat bila tengok keindahan pantai ciptaan Allah dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa...sudah lama aku tidak tengok pantai secantik ini Ya Allah...indah ciptaan mu.
           ''sukanya...cantik sangat pantai ni...''..sambil turun dari bas aku terus berlari menuju ke pantai..''eh,kau nak kemana tu nanti cikgu marah plak..kau ni macam la tidak pernah ke pantai..ish...!''...bebelan kawan aku tidak aku hiraukan,terus aku berlari ke pantai.
          ''ya memang aku tak pernah ke pantai''..launganku kepada sahabatku..Dari aku kecil dulu hinggalah sekarang tempat yang aku mahu pergi adalah pantai..aku suka sangat tengok ombak dekat sana.
        ''wau cantiknya..rindunya nak pergi pantai..''aku keluarkan sebuah camera dalam sebuah beg kecil yang aku sadarkan dari pagi lagi. Aku mahu merakam semua gambar pantai ni, tak nak miss satu pun tiba-tiba suatu suara telah membuat aku tersentap.
          ''wei..kau nak  duk dekat sini berapa lama da??..cikgu dah cari la tuu..kau nak kena marah ke??..kau sorang je belom tandatangan kedatangan kau..wei..kau nak tahu tak malam ni ada group penceramah muda nak bagi ceramah malam ni..hensem giler diorang..hehe''.
aku menarik nafas panjang dek terkejut dengan terjahan rakanku sebentar tadi. Ya Allah aku lupa yang aku datang sini bukan nak melancong tapi mahu belajar. Mesti cikgu marah ni.
           ''assalamualaikum cikgu..saya mintak maaf,saya tak sengaja ke pantai tadi''..cikgu hanya tersenyum dan menyuruh kami bersiap-siap untuk majlis permulaan sebentar lagi selepas solat asar, cikgu menyuruh semua pelajar menyalin pakaian dan memakai pakaian yang lebih bersopan sedikit.
Selepas semuanya siap, aku memperkenakan jubah pink dan memakai tudung hitam, siap memakai sarung kaki, aku terus meluru ke sebuah dewan.
            ''wei,  tunggulah aku, kau nie tak nyempat-nyempat..wei kau nie muslimah bagai..nak ngorat ustaz ke?...usikan rakan membuat aku terfikir selama ni aku tak muslimah ke di mata dia?. 
            ''kau ni selalu macam ni tau, bagi la salam dulu..main terjah je..ya aku tunggu la ni..''.
aku tak mahu menayakan soalan yang aku terfikir sejenak tadi, aku tak mahu dia terasa, tak ape la lupakan yang penting aku tahu apa yang aku buat.
            ''kau tak nak pakai sarung kaki ke?..kaki kan aurat kita..'', teguranku terhadap sahabatku, terus aku menyelongkar beg kecil aku tadi mengambil sarung kaki yang aku baru beli.
             ''nah sarung kaki ni..pakaila..aku beli tuk kau''...tanpa berkata apa-apa sahabat aku hanya terdiam. Salah ke apa yang aku cakap?.
              ''wei..aku tak nak ar..aku tak sedia lagi la nak pakai sarung kaki bagai..aku bukannya alim sangat macam kau..kau tengok..kau sorang je yang pakai sarung kaki ,tudung labuh , dengan handsock bagai, malu la aku.. dah la panas nanti-nanti la aku pakai..'', terkedu aku mendengar penjelasan sahabatku..malu ke?..pelik ke aku pakai sarung kaki?..tudung labuh nie..inshaAllah nanti terbuka la pintu hatinya untuk pakai semua ni.
            ''wei..semua orang dah masuk dewan la..aku malu la nak masuk nanti kita lak jadi perhatian..''. Sebenarnya aku pon malu tapi buat slumber je la, majlis dah mula dengan terpaksa aku mengheret tangan kawan ku membawanya masuk ke dalam dewan.
Memang betul sangkaan sahabatku itu, kami terus menjadi perhatian setelah masuk dewan kecil .
             ''assalamualaikum..saya dan kawan saya nak mintak maaf sebab terlambat, ada masalah sedikit tadi..''.
 tuan penceramah muda menjemput aku untuk tampil ke hadapan, terkejut nye tak terkira, Ya Allah apa ni.
           ''waalaikumussalam..dua orang saudari lewat kerana ada masalah ek..ok..di maafkan jika salah seorang dari kamu tampil ke hadapan baru saya maafkan..sila tampil ke hadapan''.
 Ya Allah apa ni. Kami saling bepandangan antara satu sama lain menimbulkan rasa kebuntuan di fikiran kami, adoi kenapa aku plak. Aku meluru ke hadapan dengan tunduk tanpa bantahan dengan penuh kebuntuan.
           ''sila memperkenalkan diri saudari kepada audiens kita?". Penceramah tersebut memberikan microfone kepadaku.
Aku mengambil microfone tersebut tanpa melihat wajah si pemilik microfone tersebut.
           ''emm..bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua kerana saya dan sahabat saya mengganggu majlis ini dengan kedatangan kami secara lewat..emm..ok..izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya..nama saya humaira azzahra nur ira..'' ,tanpa aku menghabiskan ucapan aku tiba-tiba penceramah tersebuk menepuk tangan diikuti dengan semua audiens di situ.
           ''saya amirul azharudin..saya bukan lah seorang pencermah yang baik tapi boleh memberikan perkongsian ilmu saya ada kepada semua..maafkan saya saudari membuatkan hati saudari tertanya-tanya..sebentar tadi sebelum saudari masuk ke dalam dewan saya ada menjemput siapa-siapa yang berani sila tampil ke hadapan tapi tiada siapa pon yang sudi..tidak sampai 5 minit saudari tiba-tiba muncul..terima kasih..Setiap kita adalah pemimpim kepada diri kita jadi tak perlu untuk takut atau gentar untuk tampil ke depan kerana kita semuanya sama sahaja'', aku terus meluru membawa tubuhku ke kerusi, rasa berdebar dihati masih belum reda.
Selepas mendengar ceramah tersebut, sahabat aku terus meluru ke tandas, sakit perut katanya. Semua pelajar-pelajar keluar untuk menikmati sedikit minuman panas dan makanan sebelum solat mangrib. Aku sedikit lambat keluar dari dewan kerana terpaksa menunggu kawanku dari tandas tiba-tiba satu suara membuat aku sedikit terkejut.
               '' assalamualaikum saudari .. saya mintak maaf membuat saudari rasa tidak selesa sebentar tadi'', Ya Allah kenapa dengan aku nie tiba-tiba berdebar-debar plak.
               ''emmm...tak ape ustaz..eh2..waalaikumussalam..'', ustaz muda tersebut terus pergi dari pandanganku meluru kepada sahabat-sahabatnya.
              ''ish..kenape dengan aku nie tiba-tiba je rasa lain je, aku jatuh cinta ke?'', aku tidak pernah merasakan seperti seorang yang terkena panahan cinta this is my first time i fell like this, aku rasa senang dengan setiap bicara dan perturturan ustaz tuu, bertapa lembutnya, tidak mungkin aku jatuh cinta kot..?.
 keesokan harinya, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diterajui oleh dai muda yang dijemput oleh pihak sekolah. Aku telah diletakkan didalam kumpulan yang diterajui oleh ustaz muda Aiman. Semasa perbincangan kumpulan dibuat, kumpulan kami berada bersebelahan dengan kumpulan ustaz muda amirul azharudin, bila aku terpandangkan dia, hati aku berdebar kencang.
 Ya Allah ape nie..aku tak nak semua nie...aku jadi tidak senang duduk..memang tidak keruan..tidak tahu kenapa...perasaan ni buat aku tidak senang...aku tak nak..aku meminta izin untuk ke tandas. Aku merenung wajah aku ke dalam cermin.
            ''layakkah aku untuk dia..ish ape aku mengarut nie..aku tak faham la dengan perasaan ni..Ya Allah berdosakah aku jika aku cinta pada lelaki ajnabi tersebut''..aku lari dari pandangan ustaz tersebut,  membawa diri ke pantai. Aku tidak hiraukan perbincangan kumpulan sebab hati aku perlukan ketenangan sekarang.
             ''manusia jenis apa aku nie, Allah baru menduga aku dengan perasaan yang sedikit tidak keruan terus aku jadi lemah..Ya Allah..kuatkan hatiku ini''. Aku terus membawa diri disebalik tiupan angin yang sepoi-sepoi. Satu mesej dari telefonku mengganggu lamunanku.
           ''siapa plak yang mesej nie''..
-assalamualaikum sahabat..saya mintak maaf menganggu saudari..dah cukup ke saudari mengalamun di bawah pokok tu..sahabat saudari macam tengah cari saudari..nanti saudari hilang macam mana..jangan terlalu membawa diri...kalau saudara sedih..banyakan berzikir kepada Allah yang satu..-
            ''mesej ni dari siapa?...ada orang perhatikan aku ke?..macam mana dia tahu aku ade di bawah pokok nie..seram plak rase..'', tanpa berfikir panjang aku terus berlari ke dewan. Risau jugak takut dimarah.
 Nampaknya semua orang masih sibuk membuat perbincangan..alhamdulillah.
        ''wei..kau pergi mana..macam orang gila aku cari kau tau tak..ustaz Aiman risau tau..kau tuu anak buah dia..kalau jadi apa-apa nanti dia yang bertanggungjawab''kata sahabatku kepada aku dengan reaksi muka yang lega dan kepenatan...penat mencari aku kot.
          ''ustaz risau?..alamak macam mana nie..?''
ustaz Aiman hanya menguntumkan senyuman kepadaku, mana ustaz muda Amirul Azharudin pergi ek?, aku melilaukan mata aku mencari kelibat ustaz Amirul Azharudin tapi tidak kelihatan.
             ''Humaira saya nak awk jadi pembetang nanti, kita akan bentangkan tajuk kepimpinan berteraskan ilmu dakwah,kawan-kawan awk yang lain sudah sediakan teks dan hasilkan pembentangan diatas kertas  mahjong ni'', aku hanya mengiyakan sahaja kata-kata  ustaz Aiman dengan anggukan kepala.
         ''aku lupa plak ek nak taya siapa yang gerangan yang mesej aku tadi..saudari?, ustaz Amirul Azharudin je yang pnggil aku macam tuu..tak akan dia kot'', aku selalu mengelamun sehingga selalu di tegur oleh sahabat aku.
Malam sudah tiba, malam ini aku dah sahabat-sahabat yang lain mempersiapkan diri untuk solat mngrib di mussala.
Ya Allah ustaz Amirul Azharudin yang jadi iman malam ni, bersyukur yang diucapkan tidak putus-putus dari aku...memang orang jatuh cinta mempunyai perasaan macam nie...setelah semuanya selesai. Aku tak putus-putus mengukirkan senyuman, aku suka sangat mendengar tazkirah pendek yang diberi oleh ustaz Amirul Azharudin, dia seolah-olah mengetahui soalan yang aku ingin tujukan kepadanya.
soalan tentang berdosakah kita kalau jatuh cinta kepada seseorang ajnabi?. Semua soalan aku telah terjawab pada malam itu, aku memperkenakan jubah warna putih dengan jilbab pink. Aku sudah bersedia untuk bagi pembentangan. Dalam asyik aku memakai jibab satu mesej berbunyi tanpa melengahkan masa aku membuka mesej tersebut.
-Assalamualaikum sahabat..selamat berjaya dalam pembentangan nanti..jangan berdebar sangat..berzikir banyak-banyak-
Mesej ni telah membuat aku berasa hairan..siapa agaknya?, aku memula menaip mesej dipapan kekunci telefon.
-Waalaikumussalam..terima kasih..siapa ni?-
Tidak sampai 5minit mesej ku di balas.
-saya sahabat saudari-.
                 ''hurmm..siapa la yang sudi mesej aku malam-malam cam nie...ni mesti ada orang nak kenakan aku''..kataku sambil memandang cermin.
 Subhanallah...alhamdulillah..pembentangan aku sudah selesai, walaupun berdebar aku tetap dapat meneruskan pembentangan, esok dah nak bertolak balik, pengalaman aku berada di sana amat bermakna selepas pembentangan dibuat. Aku mengambil kesempatan untuk keluar senyap-senyap ke pantai. Mungkin ni kali terakhir aku dapat menghirup udara kat pantai nie.
          ''cantiknya permandangan pantai waktu malam ni dengan bertemankan cahaya bulan.''..lamunan aku tiba-tiba dikejutkan oleh panggilan suara yang lembut..
         ''assalamualaikum saudari..kenapa duk kat sini?..dah tengah malam ni?...tak baik duk kt sini sorang..dari tadi lagi saya perhatikan saudari..jangan risau,  saya jaga pandangan mata saya..tak ade timbul nafsu syawat semata-mata..saya perhatikan saudari sebab saya takut saudari diapakan oleh orang lain..saya yang bertanggungjawab..'', ustaz Amirul Azharudin memutuskan untuk mendekati aku setelah lama dia perhatikan aku kerana risau tentang keselamatan aku dengan muka berkerut menahan marah.
          ''Waalaikumusslam ustaz...saya mintak maaf'', terus aku berlalu pergi.
Ya Allah berdebar sungguh rasanya hati aku, telefon aku berbunyi menandakan ada satu mesej yang masuk.
-saudari jangan pergi keluar senyap-senyap ke pantai tu lagi..aku bergegas menaip mesej di papan kekunci telefon.
-ustaz Amirul ke ni?..-
 Aku tak dapat melelapkan mata pada malam terakhir aku di sini, kenangan yang telah mengukir seribu kenangan walaupun dalam masa yang terlalu singkat. Betol kata orang kenangan, walaupun dalam masa yang singkat tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kenangan lebih berharga dari wang dan emas, aku sangat bahagia, hati ini masih tertanya-tanya akan hamba Allah  yang menghantar mesej kepada ku...adakah ustaz Amirul?, aku tidak boleh meneruskan tidurku jika aku masih terfikirkan benda yang tidak penting ini...tidak penting??.
          ''hah..ape ni...serabutnya,mata pun tak nak lelap jugak''..keluhan kecil yang terukir dari bibir mugil ciptaan Allah yang tidak mengenal erti kesyukuran.
Subhanallah, aku bingkas bangun dari katil yang empuk untuk mengambil wudhuk, aku hanya mahu mengadu resahan hati ini kepada kekasih yang kekal abadi Allah SWT, hanya Allah yang mengerti tentang perasaan aku. Selepas selesai solat, aku menadah tangan, terlalu rendah diri aku dihadapanmu Ya Allah.
              ''Ya Allah..kaulah maha pemurah lagi maha penyayang..hanya pada mu aku meminta, padamu aku memohon, hanya kau memahami perasaan aku, aku sendiri tidak mengerti tentang perasaan yang muncul dalam hidup aku ni..kaulah pemilik hati ini Ya Allah,Kau tenangkanlah hati aku,lenakan tidurku dibuai mimpi ciptaanmu, Ya Allah...Amin ya robal'Amin...diri ini terus rebah di atas sejadah..rasa lemah..jika hal sekecil ini aku tidak dapat kawal bagaimana dengan hal yang besar..subhanaallah,kaulah segalanya Ya Allah.
             ''wei, bangunlah, dah subuh dah..kau buat apelah bertenggek atas sejadah nie...abis air liur atas sejadah ni..apalah kau ni...'', suara lunak sahabatku yang membuat aku terjaga dari tidurku.
             ''kau ni..terkejut aku..suara tu jaga sikit sayang oii..mana ada air liur basinya..kalau adapun tak ada lah berbau busuk macam kau..hehehehe'', gurauan dari aku membuatkan kami tergelak memecah keheningan pagi subuh tersebut.
seperti biasa aku dan sahabat karib ku adalah orang yang selalu lewat tiba di madrasah berdekatan resort.
           ''ish ,kaulah ni..asyik sakit perut je..tengok kite dah lewat''..bebelan aku tidak dihiraukan oleh sahabatku...aku mengjenguk jam tanganku sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi.
 Sahabatku menarik tanganku supaya aku mempercepatkan langkahku. Sesampai di madrasah jelingan mata aku tertarik dengan pesona ciptaan Allah yang sangat hebat, subhanallah, Ustaz Amirul Azharuddin yang baru memulakan tazkirah subuh dengan lafaz bismillah.
         ''Ya Allah aku tertarik dengan suara dia..nasihat dia..pakaian dia..jubah putih..aku memang minat kalau orang lelaki mempekenakan jubah putih..nampak comel sangat, sejuk mata memandang'', lamunan aku disambut dengan cubitan kecil dari sahabat ku.
         ''adoi..sakitlah..apa kau ni..main cubit-cubit plak...''kataku.
         ''kau ni kalau tak temenung tak boleh ke??...menghayal je ke kau ya...ish..dahlah kita tak solat lagi ni..orang lain dah siap dah..kita je belum..'',
bebelan sahabatku membuat aku tersedar bahawa aku sudah tersasar jauh dari niat yang sebenar, mengapa rasa mengatuk je ni, mungkin sebab aku tak cukup tidur semalam kot. Sayup-sayup kedengaran suara Ustaz Azharuddin memberi tazkirah tapi aku mengatuk sangat, tidak dapat menumpukan perhatian. Aku bingkas bangun meminta kebenaran cikgu hendak keluar sebentar, cikgu memberi kebenaran dan menyuruh aku jangan merayap ke tempat lain kerana bimbang tentang keselamtan aku.
Aku masuk ke dalam bilik dan memperkenakan tudung bawal warna kegemaranku iaitu pink yang bercorak bunga di kepala. Setelah selesai aku keluar dari bilik, aku menjenguk jam tangan yang menunjukkan pukul 7.15 pagi, masih kedengaran suara tazkirah ustaz Azharuddin dalam kesayupan keheningan pagi yang sudah mula muncul dengan bunyi deruan pantai dan diselangi dengan bunyian-bunyian burung.
            ''ish lamanya ustaz ni bagi tazkirah..aku ni duk menguap je..pergi pantai la kejap..bila lagi nak merasa suasana pantai ni..kejap lagi dah nak balik..''..kata aku pada diri sendiri sambil kaki melangkah ke pantai.
aku duduk di sebuah bangku kecil yang berdekatan dengan kawasan pantai dibawah pokok kelapa, menghayati setiap ciptaan Allah yang sangat bernilai, matahari yang muncul dari pantai seolah-olah berada dekat dengan aku. Aku mengeluarkan sebuah camera kecil aku untuk menangkap kenangan aku bersama mentari yang terbit dari arah pantai.
          ''ok dah..cantik jugak aku dalam gambar ni,,eh dah lewat nie''.
Aku melangkah pergi dari bangku itu dan sempat memandang keindahan mentari dari belakangku rasa berat hati mahu melangkah pergi.
            ''weiii..kau kat mana..puas aku cari..kat pantai lagi la tu,,tadi cakap kejap..cepat lah jalan tuu..cikgu dah panggil makan tuu..ish kau nie..meh sini..'', laungan sahabatku dari jauh membuat aku tersenyum.
             ''ya-ya..aku cepatlah ni..jom kita makan...''
aku belari menuju kepada sahabatku.
              ''wau nasi lemak la..kegemaran aku..''..kataku.
              ''kegemaran-kegemaran jugak...ambil pinggan cepat nanti habis plak..''..celoteh sahabat aku membuat aku tersenyum lagi.
 Seperti ada mata yang memandang ke arah aku..tapi??..tak akan ustaz Amirul kot..ish perasaan aku je kot..perasan je lebih.
                ''semua murid sila ambil perhatian, cikgu harap anda semua sudah mengemas barang-barang awak semuanya, pukul 10.00 pagi cikgu nak kamu berkumpul disini sebab cikgu nak pastikan jumlah ahli pelajar semuanya, sekarang pukul 8.30 pagi, cikgu akan bagi peluang kepada awk untuk bergambar denga facilitator untuk dijadikan kenangan., kat pantai boleh tapi jangan lebih-lebih ok..''. pengumuman cikgu membuat aku tersenyum.
gembiranya bukan sebab bergambar tapi sebab aku masih berpeluang menghabis masa terakhir aku disini dengan pantai.
                 ''yeah!...jomlah kita ke pantai''..ajak aku kepada sahabatku..''tak nak la..aku nak bergambar dengan Ustaz aku nie, bila lagi boleh berjumpa dengan ustaz..jom la.
                 ''jawab sahabat ku, tanpa hiraukan kata-kata sahabat aku., kaki aku melangkah pergi tetapi langkah aku terhenti dengan panggillan oleh Ustaz Aiman.
                  ''Humaira..awk tak nak hadiah awk ke?..alhamdulillah kita menang pembentangan semalam. Saya dah bahagikan bahagian masing-masing kepada ahli kumpulan awk, awk je belum dapat, saya cari awk pagi tadi..tapi awk tak ada..masa pengumumam tu pun awk tak ada''.. kata Ustaz Aiman.
               ''Ustaz, saya mintak maaf. Saya ada masalah tadi, terima kasih ustaz..'', hanya sekadar mampu jawapan aku kepada ustaz. Aku mengangkat kaki mahu beredar tapi.
              ''Humaira..awak hendak kemana tu?..''..kata ustaz Aiman.
               ''saya mahu ke pantai ustaz..saya nak tengok pantai jap..'', jawab aku kepada soalan yang ditanya oleh ustaz Aiman. Padangan kami teralih kepada satu panggilan.
             ''Ustaz-ustaz..jomlah bergambar..jangan duk kat situ plak..''.
sungguh indah pantai ciptaan Allah, subhanallah. Aku bangun dari tempat duduk, aku meluru ke tempat yang diumumkan cikgu sebentar tadi kerana jam sudah menunjukkan pukul 10 tepat-tepat, dalam langkahku kedengaran bunyi mesej masuk.
 aku mengambil telefon bimbitku membuka mesej tersebut.
             ''Salah satu kecantikan wanita terletak pada kesempurnaannya menutup aurat''. Dia lagi mesej aku..apa ni..tak faham lah...aku terus berlari kerana risau kalau-kalau cikgu marah.
Selepas beberapa minit kemudian, selepas menanda nama , aku duduk di satu bangku dengan tangan menekan papan kekunci telefon.
             ''Assalamualaikum..tindakan sahabat yang menghantar mesej tanpa mengenalakan diri terlebih dahulu menyebabkan hati saya sentiasa tertanya-tanya akan gerangan diri sahabat..jika sahabat ada niat nak bermain dengan saya..maaf saya tak berminat..''.
Puas rasanya bila dapat meluahkan rasa yang terkubur dalam hati nie, suka rasanya, bas dah sampai. Semua pelajar mengucapkan selamat tinggal dan ucapan terima kasih kepada facilitator kami yang selama 3 hari 2 malam tidak jemu-jemu menasihati kami.
sebelum aku menaiki bas mata aku asyik melilau mencari kelibat Ustaz Amirul Azharudin tapi tidak kelihatan, mungkin dia ada hal kot, aku mahu mengucapkan terima kasih kepada dia tapi kelibat dia tidak kelihatan di mata aku. Semasa di atas bas aku masih melilau mencari Ustaz Amirul Azharudin melalui tingkap bas tapi masih tidak kelihatan, kenapa hati aku jadi sedih..kerana apa?, nampaknya pandangan mata aku dari tempat tersebut sudah jauh kelihatan dari belakang tapi hati aku resah dan gelisah..tak tahu kenapa.
          ''wei..kenapa kau senyap je dari tadi?..rindu Ustaz Amirul ek?..eleh jangan sedih sayang oii..ni ustaz Amirul bagi kau sepucuk surat tapi dia taknak aku bagitahu sesiapa pun..aku tanya kenapa bagi kau?..kenapa bukan aku?..dia senyap je..’’, kata-kata sahabatku membuat aku terkejut. Ustaz Amirul bagi aku surat?. Aku mengambil surat tersebut dari tangan sahabatku.
          ''apa lagi yang dia cakap kat kau?..kenapa dia bagi aku plak?..tanya aku pada sahabat aku.
           ''meh nak cerita kat kau..begini,,mula-mula aku mintak la dengan dia nak bergambar tapi dia cakap nak amanahkan aku sesuatu dahulu sebelum bergambar, aku tanyalah ape dia, dia cakap surat ni bagi kat kau, aku tanya dia surat apa ni, dia cakap surat amaran sebab kau suka buat hal kat sana jadi aku tanyalah macam-macam..dia tak jawab dah'', terang sahabatku kepadaku. Surat Amaran apa plak.

No comments: