Wednesday 15 February 2017

CORETAN HIDUP (LAKARAN KASIH ILAHI)




BAB 2

Sudah sebulan berlalu..surat amaran tuu masih aku simpan kerana aku sudah jatuh cinta akan amaran dan indahnya penulisan dalam surat tuu...masih aku ingat tentang penulisan itu.

''ukhuwah itu bukan terletak pada manisnya ucapan,bukan juga terletak pada bijaknya kata-kata,tetapi ukhuwah itu terletak pada satu janji yang dibuat dalam hati. Maafkanlah jika Aku salah, Aku hanya manusia, kelemahan berjuta-juta. Wahai saudari, kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukannya pada wajah dan pakaian, saudari jangalah terlalu merendah diri pandanglah sesuatu yang lebih rendah supaya saudari lebih memahami erti kesyukuran. Assalamualaikum''.

Terasa berat apabila merindui. Aku, Humaira Azzahra Nur Ira akur dengan kehendak Allah S.W.T. Hanya doa yang aku titipkan untuk Ustaz  Amirul Azharuddin.
'Ya Allah, sampaikan salam kerinduan aku padanya agar aku menjadi kerinduannya..', Doa itu tidak putus-putus meniti dibibirku. Aku benar-benar mengharapkan kasih lelaki itu tetapi siapalah aku untuk mengimpikan lelaki soleh seperti Amirul Azharuddin.  Selama sebulan ni aku baru mengetahui bahawa aku sudah jatuh cinta padanya. Bagaimana gadis remaja yang mahu mencecah 19 tahun ,tahu erti jatuh cinta sebenarnya,  Pertemuan yang singkat saja dah boleh jatuh cinta,  mudahnya aku jatuh cinta.
            ''Kak Humaira tengok yusuf menangis sebab akib pukul dia.'',,Lamunan aku terhenti.
Aku mendapatkan anak sepupuku yang sedang menangis. Kini sementara aku menunggu keputusan result peperiksaan SPM keluar aku menghabiskan masa aku untuk menjadi pengasuh kepada sepupuku Wardah dan menjaga pusat asuhan Ad-Dakwah, kubang kerian Kota Bharu miliknya.
             ''akib!..kenapa pukul Yusuf..kesian Yusuf dah nangis dah..tak baik nakal-nakal tau..nanti Allah marah..Nabi tak suka tau..Nak ke kalau Allah marah?..''.
lembut teguran aku kepada Akib yang masih kecil itu .
           ''Akib tak suka Yusuf sebab kawan dengan anif..Akib nak Anif kawan dengan Adib je''. kata Akib.
         ''Akib..cemburu ek?..ala kita kawan semua la..pergi mintak maaf dengan Yusuf..kesian dia tak Ade kawan Akib pun tak nak kawan dengan dia dah..pergi lah.''..pujukku dengan lembut.
Akib meminta maaf kepada Yusuf  seperti yang diminta oleh aku, Tiba- tiba aku terkenangkan waktu dulu sebelum aku berjumpa dengan seorang hamba Allah yang hebat. Seorang sahabat yang tiada tandingannya, yang sentiasa menasihati aku, sekarang walaupun dia sudah berangkat pergi ke Mesir. Entah lah bagaimana dia sekarang, dulu aku sangat tidak menyukai kanak-kanak bagi aku mereka suka buat bising dan suka buat orang pening tapi aku masih ingat kata sahabatku ,seorang hamba Allah yang hebat itu.
            ‘'kita jangan rumitkan perkara kerana sesuatu kesalahan yang dibuat oleh budak-budak. Mereka adalah anugerah Allah yang tak ternilai, cuba kita pandang wajah-wajah mereka kita akan tenang sebenarnya sebab celoteh mereka yang riang dan mereka adalah ahli syurga yang tak tahu nak berbuat dosa nak menipu pun tak pandai contohilah rasulullah S.A.W. Baginda suka melayan karenah kanak-kanak..'', kerana kata-kata itu seperti sukar aku bayangkan bahawa besarnya salah aku.
Habis sahaja waktu bekerja, 10  orang kanak-kanak yang di tempatkan di pusat Asuhan Ad-Dakwah telah diambil penjaga masing-masing termasuklah anak sepupuku Yusuf, Yusuf yang masih kecil berumur 4 tahun, sungguh jernih mukanya, aku membawanya pulang ke rumah menaiki motor skuter ego milik Wardah sepupuku ke rumah yang berdekatan dengan pusat asuhan. Aku tinggal bersama sepupuku dalam beberapa bulan sementara menunggu keputusan SPM keluar.
 Aku merebahkan diri di katil bujang di biliku. Aku menyelongkar beg sandangku. Masih mencari diari milikku.
             ''ish kat mana la letak diari aku ni..''..keluhanku dalam diam sambil tangan sibuk menyelongkar beg mencari diari.
Harap-harap diari tu tiada siapa yang jumpa, aku bagai mahu menangis dalam kepenatan mencari diari tu tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi ringtones lagu kenangan terindah dendangan kumpulan samsons menandakan ada seseorang menghubungiku,  aku merenung skrin.
            ''+0690000234567 number fon apa plak ni..ish pelik sangat''...aku menekan skrin telefon tersebut dan meletakkan di telinga..
          ''Assalamualaikum..Humaira..ni saya lah Zaim..maaf baru hubungi awak setelah 3 bulan saya kat sini..''..suara nie membuat aku terkejut.
Seorang hamba Allah yang hebat masih ingat aku..subhanallah.
        ''waalaikumussalam..awk..kenapa baru call..banyak cerita yang saya nak bagitahu awk...selama ni saya bercerita dengan diari je awk...subhanaalah...dari jauh awk call saya..tak abis kredit ke?''..tanyaku bertubi-tubi tanpa aku sedari air mata mengalir keluar dari pipiku.
Sahabat yang selama ini aku rindu telah menghubungi aku..aku menceritakan semua cerita kepadanya termasuklah kenangan seemasa aku berada di resort tu.
         ''wau..macam-macam dah awk alami ya..awk ada facebook kan...kalau tak ada buatlah facebook nanti senang nak berhubung dengan saya..pasal pertanyaan awk tuu nanti saya jawab sebab sekarang saya ada kerja..Assalamualaikum Humaira..''.
Aku amat bahagia walaupun jauh di sudut hati ,aku masih merindui Amirul Azharuddin, pada pagi itu,seperti biasa aku menyiapkan diri untuk meneruskan kerja,aku mengenakan tudung ungu dan sepasang baju kurung putih sepadan dengan warna beg sandangku yang berwarna ungu. Aku mulakan langkah pertama aku ke tempat kerja dengan lafaz bismillah dengan harapan agar Allah mempermudahkan urusan ku seharian. Keluar dari bilik kelihatan sepupuku Wardah sepertinya terlalu sibuk menguruskan urusan kertas kerja sebelum dihantar ke pejabat..kerana terlalu sibuk Wardah yang lebih 10 tahun tua  dariku meminta tolong supaya aku mengurus pusat asuhan buat sementara waktu.
              ''haa..Humaira dah siap dah..maaf la akak menyusahkan Humaira kena jaga Yusuf dan urus tempat Asuhan tu, tak pe macam biasa tolonglah kak ila jaga budak-budak kat asuhan tuu..terima kasih Humaira..''..pesan Wardah sebelum keluar dari rumah sambil mencium Yusuf yang masih sedang makan nasi goreng di meja makan.
            ''Jom Yusuf kita dah lewat nie''..ajaku sambil mendukung Yusuf..aku menaiki motor skuter ego ke tempat asuhan dengan membawa Yusuf.
Senyuman yang Yusuf ukirkan kerana terlalu gembira dapat menaiki motor buat aku tersenyum senang. Sesampainya aku disana kelihatan seperti Kak Ila sudah sibuk menguruskan kanak-kanak disitu.
               ''Kak Ila..mana Kak Zubaidah?..'', tanya aku kerana tidak kelihatan kelibat Kak Zubaidah disitu.
              ''lewat lagi la tuu..perdulikan dia tuu..memang selalu macam tuu..Humaira pergi buatkan susu untuk Amin ok?..'',  jawab kak Ila.
Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari, tiada kerja aku nak buat, semua kanak-kanak dekat tempat asuhan masih seronok bermain di halaman. Baru aku teringat.
              ''kak Ila..boleh pinjam notebook tak?.'', tanya aku
kak Ila hanya menganggukkan kepala. Aku melangkah ke meja. Menghidupkan notebook milik kak Ila yang berwarna hitam. Pantas jari jemariku membuka laman web facebook, aku mahu mengintai  facebook jejaka itu. Aku menaip nama Amirul Azharuddin di ruangan carian. Aku dan Amirul Azharuddin sudahpun menjadi kawan dalam website itu. sewaktu aku baru start buat facebook terus aku 'ADD' dia dalam faceboo. Walaupun aku sudah kawan dengan dia dalam website itu tetapi aku tidak pernah berchatting apatah lagi nak comment atau like status masing-masing, satu senyuman yang aku ukirkan bila melihat statusnya, Amirul sentiasa berdakwah melalui status-status di muka bukunya, itu juga menjadi satu sebab kenapa aku jatuh cinta dengannya. Berdakwah melalui facebook, Aku juga turut menulis status di ruangan muka bukunya.
''Dalam diam,saya melihat facebook dakwahnya,
  Diam-diam saya tertarik dengan penulisannya,
  Diam-diam saya copy status di wallnya,
  Diam-diam saya ikuti perkembangannya,
  Apapun yang saya buat hanya dalam diam,''

Benar! hanya dalam diam, aku hanya berserah kepada Allah siapa zauj yang bakal berkongsi hidup denganku nanti. Biarlah aku mencintainya dalam diam kerana itu nyata lebih baik untuk muslimah sepertiku, Walaupun terkadang aku merasa mahu saja aku masuk meminang Amirul Azharuddin tetapi aku harus redha kerana zaman ini bukan zaman seperti sewaktu Siti Khadijah meminang Rasulullah, sudahnya,aku harus bediam...biarlah Allah yang aturkan..Tanpa sedar aku air mata aku menitis..aku merinduinya Ya Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud.
              ''Janganlah kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.'' (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)
  terpampang hadis ini dalam satu muka buku seseorang jejaka yang amat aku merinduinya, terlintas dalam hati ini ingin menayakan apa maksud hadis ini..? tapi aku tak berani, Ya Allah dapat tengok penulisan dia melalui muka buku pun sudah terubat rindu aku.
Pada malam hari aku mahu menghabiskan masa aku dengan menghafal doa yang dibaca dari sebuah buku motivasi cinta YA ALLAH,AKU JATUH CINTA karya BURHAN SODIQ. Sejak bila aku meminati buku-buku motivasi cinta sebegini, aku juga tidak pasti. Apa yang aku tahu, aku bahagia melihat penulisan dalam muka buku Amirul Azharuddin. Lantas aku membeli buku ini di sebuah kedai buku yang berada di atas pasaraya Kota Bharu Mall semalam. Apakah aku harus berterus terang kepada Amirul Azharuddin akan perasaan aku terhadapnya. Cinta menyapa sesiapa sahaja. Aku tak pernah menolak atau menafikan kehadiran cinta.
cuma aku belum bersedia untuk meluahkan perasaan ini. Dalam pertemuan pertama dengan Amirul Azharuddin membuat hati aku bedebar-debar. Walaupun itulah pertama kali aku melihatnya dan pertama kali aku jatuh cinta kepada seseorang jejaka walaupun aku sendiri tidak mengerti maksud jatuh cinta itu sebenarnya.
Aku tahu fitrah cinta itu perlu dalam hati setiap makhluknya. Allah telah memberi aku ujian cinta, adakah mungkin untuk aku tempuhinya, mampukah aku melawan atau mengawal perasaan ini, semoga aku mampu mengharungi ujian ini dengan istiqomah dan mujahadah.
        ''Ya Allah,KAU jagailah hati ini agar aku tidak mencintainya melebihi cintaku padamu Ya Allah..Aku istiqomah mahu menjadi seorang muslimah yang terbaik tapi kau memberi aku ujian cinta..Aku tidak akan mencintai seseorang manusia lebih dari cintaku padamu...'', Doa yang aku titipkan kepada yang maha Esa.

No comments: