Thursday 16 February 2017

CORETAN HIDUP (LAKARAN KASIH ILAHI)






BAB 4

Aku melangkah kaki ke luar dewan Ibnu Sinar untuk menyembunyikan ekspresi mukaku. Aku tak mahu Aini melihat reaksi perasaanku ketika itu. Perasaan yang telah bercampur-gaul antara sedih dan terkejut , aku menuju ke bawah pohon pinang yang rendang berdekatan dewan untuk mencari ketenangan seketika.
                    ''Ustaz Amirul Azharudin yang hantar mesej kat aku..? tapi kenapa dia..?  apa maksud semua ni.. Ya Allah, aku mohon petunjuk darimu..hanya kau penolongku..''aku bermonolog sendirian sambil menerkup tanganku ke muka.
Aku puas memikirkan soalan yang mungkin tidak akan terjawap sendirian, jika aku tidak bertanya kepada pemuda itu sendiri tapi mampukah aku, hanya Allah yang tahu. Aku bingkas bangun dari tempat duduk yang di temani oleh pepohon pinang ke dewan tiba-tiba pemuda itu lalu dihadapanku sambil memandang tanpa berkedip. Aku tidak mampu melawan pandangan itu lalu tunduk menghadap ke lantai rumput, hadir satu perasaan yang sukar dimengertikan dengan kata-kata ketika itu.  Pemuda yang selama ini, yang selalu mengusik hati aku untuk merinduinya berada betul-betul dihadapanku, pemuda yang digelarkan Ustaz Amirul Azharuddin hanya berdiri kaku dihadapanku tanpa memberi apa-apa 'respon' ketika itu. Hanya kedengaran sayup-sayup lagu di speaker dewan memecah kesunyian diantara kami.
           Aku memberanikan untuk berbicara dengannya bagi menjawab persoalanku sebentar tadi.
                    ''emm,,ustaz boleh saya tanya ustaz sesuatu?...''..kedengaran sedikit gentar dalam alunan suaraku...''apa dia saudari..?...tak sesuai jika kita berbicara disini..'', sambil menujuk jari telunjuknya menujuk ke arah bangku di tepi dewan menandakan dia menyuruh aku bergerak ke bangku tersebut tanpa banyak berbicara aku seperti tergerak sendiri, secara automatik mengikutnya tanpa sedikit bantahan kerana dalam fikiranku, aku hanya mahu jawapan dari pemuda itu untuk menjawab persoalanku, perasaan takut itu seperti sudah melayang jauh, keberanian untuk berhadapan dengannya seperti berombak tinggi tanpa rasa takut dan gentar.
Amirul Azharuddin melabuhkan punggunngnya ke atas sebuah bangku, aku hanya berdiri kaku di hadapannya sambil pandanganku menghadap ke lantai rumput.
               ''saya nak tahu..kenapa ustaz hantar mesej dekat saya..?..ustaz kan orang misteri yang hantar mesej dekat saya..?'', tanyaku melulu tanpa memandang wajahnya.
              ''emm, ya saya yang menghantar mesej tu, saya mahu berterus terang dengan saudari, tapi saya takut saudari tidak mahu membalas mesej saya jika saudari tahu saya yang menghantar mesej tuu. Saya tidak mahu berselindung lagi dengan saudari..saya nak berterus terang..saya sukakan perwatakan saudari..saya telah jatuh cinta dengan saudari...selama 3hari 2 malam saya perhatikan saudari..saya tengok saudari suka bersendirian. Ketika itulah saya jatuh cinta dengan saudari, selepas kejadian tuu, saya selalu memohon kepada Allah agar Allah menemukan saya dengan saudari sebab saya mahu berterus terang dengan saudari, saya seperti terseksa jika tidak berterus terang, alhamdulillah sekarang Allah sudah makbulkan doa saya...saya tak mahu berterus terang dalam mesej sebab saya tak nak menjadi seorang yang penakut...'', Amirul Azharuddin berbicara secara terus terang sambil tangannya menyelongkar sesuatu di dalam beg sandangnya.
                ''ini hadiah saya kepada saudari, mungkin saudari menganggap saya seseorang yang pelik, berbeza dari perwatakan saya..saya tidak meluahkan rasa cinta saya kepada saudari, tetapi saya mahu berterus terang dengan saudari tentang isi hati saya, yang saya telah jatuh cinta dengan saudari, luahan cinta saya hanya pada isteri saya..saudari berfikir lah baik-baik apa yang saya bicarakan kepada saudari harap saudari tidak salah faham dengan saya..saya berterus terang sebab saya mahu meluahkan rasa hati ini...jika saudari mahu tahu..inilah jawapan dari Allah melalui solat istikarah saya selama ini.
            ‘’assalamualaikum'', Amirul Azharuddin menghabiskan kata-kata terakhirnya lalu pergi menuju ke sebuah kereta viva hitam gelap.
Aku masih tercegang kaku tanpa kata-kata, Adakah aku bermimpi sekarang, istikarah..??...apa maksud semua ini Ya AllaH!.  Aku memandang hadiah yang diberikan oleh Amirul Azharuddin yang dibaluti dengan bungkusan berbentuk empat segi tepat.
Betapa tenangnya saat kita sujud menyembah Allah, tuhan yang maha Esa...itulah yang dirasakan oleh seorang gadis yang baru mendapat keputusan spmnya, Humaira Azzahra Nur Ira tika baru melakukan solat isyak di dalam biliknya. Selepas selesai menunaikan kewajipan kepada Allah, aku meluru keluar dari bilik menuju ke halaman rumah. Melihat bintang-bintang di langit yang sentiasa berkedipan menemani bulan yang menerangi langit pada malam itu.
Angin malam menyapaku, suasana hening mengusik jiwa, fikiranku melayang-melayang memikirkan tentang kejadian yang telah berlaku pada hari ini. Mimpi yang patut aku terima dengan hati terbuka...sepatutnya aku gembira dengan balasan cinta dari Amirul Azharuddin tapi kenapa sebaliknya berlaku. Adakah patut aku berasa gembira..?, perlukah aku meraung untuk menyatakan perasaan gembira aku sekarang?...tetapi hakikatnya hati aku sedang menangis tanpa diiringi lagu sedih. Dengan luahan yang keluar dari mulut Amirul Azharuddin itu membuatkan sesuatu masalah menjadi sulit kerana aku tak mampu menerima kenyataan ini tapi kenapa?. Mungkin sebab Allah masih tidak menjawab soalanku melalui istikarahku selama ini..aku menadah tangan berdoa kepada Allah ketika aku ditemani malam,malam yang suram seolah-olah mengerti perasaan ku ketika ini,
Ya Allah, aku memohon dengan maarifatMU,KAU beri aku ketabahan..Peluklah aku saat aku kehilangankekuatan..Dakaplah aku saat diriku kelemahan, hanya padaMU tempat aku menyadar harapan...amin..'', sambil meraut tanganku ke muka yang telah basah dari takungan air mata yang kebocoran. Hadiah itu masih seperti sediakala..aku tidak mengusik sedikit pun balutan yang membaluti hadiah tersebut, aku hanya memandang bungkusan itu yang aku bawa bersama ,semasa keluar ke halaman sebentar tadi. ''dulu aku nak sangat meluahkan perasan aku dekat dia, tapi sekarang bila dia dah meluahkan perasaan dekat aku, aku pulak yang tak nak..ish apa nie,bukankah selama ini aku rindu dekat dia dan berharap dia menjadi milik aku..tapi betul kah tindakan aku kalau aku terima dia...kalau aku terima dia,aku dan dia jadi apa?..tak kan kami perlu bercinta?..dan kalau kami saling jatuh cinta..apa yang patut kami buat?....'', suara yang keluar dari mulutku tiba-tiba meluahkan pertanyaan kerana kebuntuan sambil tanganku sibuk membuka balutan hadiah yang masih dibaluti...kelihatan buku 'KOMPAS CINTA' oleh A.UBAIDILLAH ALIAS yang terpampang di bahagian kulit buku...aku mula membelek-belek buku ini dengan penuh perasaan., ''panduan remaja melakar cinta dihatinya'', aku membaca sekilas yang tertulis didalam buku ini....Buku ini amat menarik dimataku, aku mula tertarik dengan kata-kata yang tertulis didalam buku ini..setiap bait perkataan seperti telah terjawab kepada soalan aku.
          '' Benar,cinta itu bukan dalam kekuasaan manusia kerana ia suatu rasa yang tidak mampu anada sentuh dan pegang. Walaupun begitu,tidak wajar sekali jika anda pasrah dan membiarkan cinta menguasai diri tanpa kawalan dan sempadan. Lagipun, tidak mugkin Allah memberikan sesuatu kepada anda tanpa diberitahu cara-cara menguruskanya.
Sebagaimana Tuhan menciptakan besi di dalam bumi, maka pasti di sana ada suatu ikhtiar untuk menguruskannya agar menjadi manfaat, begitu juga cinta,mana mungkin ia semata-mata cinta tanpa cara mengawalnya. Pasti ada ikhtiar atau pilihan mahupun cara yang boleh anda lakukan untuk mengawal cinta agar tidak menewaskan kewarasan kita'', bait-bait perkataan yang menarik perhatian aku.

        Cinta..?...apa maksud cinta..?, apa yang aku tahu sekarang, aku telah jatuh cinta kepada seorang pemuda yang bernama Amirul Azharuddin. Bagiku cinta pada manusia hanya melalaikan disaat diri masih lagi bergelar seorang pelajar.  Noktah hitam yang telah aku lalui membuat aku takut akan cinta seorang lelaki yang masih segar dalam ingatanku. Pada ketika dulu, semasa aku mula-mula akil baligh hinggalah sekarang, aku amat membenci kepada cinta seseorang lelaki akibat titik hitam yang aku alami yang meninggalkan satu trauma yang besar kepadaku. Aku trauma dengan lelaki sehinggakan pada waktu dulu aku bercita-cita untuk tidak akan pernah berkahwin. Aku takut dengan cinta lelaki, takut untuk laluinya, Zaim seorang hamba Allah yang hebat itulah yang telah menyedarkan aku sewaktu aku mula-mula bertemu dengannya dalam alam maya kerana nasihat itu aku mula menanam perasaan untuk tidak berdendam dengan lelaki. Aku masih ingat kata-kata Zaim yang kini menyambung pelajarannya ke Mesir katanya,
        ''Kita tidak perlu menghukum diri kita akibat masa lampau yang telah kita lalui, tapi kita perlu bagi peluang untuk diri kita terus melangkah ke hadapan,,jadikan masa lampau yang pahit itu sebagai ubat yang Allah bagi dekat kita supaya kita menjadi seorang mujahadah cinta yang terhebat cuba awk tengok, kerana trauma yang awak alami, awak telah pelihara hati awak daripada meluahkan rasa cinta kepada lelaki ajnabi  oleh itu, suami awak akan dapat cinta yang 'high class' cinta yang pertama Tapi jangan pula awak menghukum lelaki lain kerana dendam, dendam adalah satu perasaan yang tak dapat dikaji dengan kata-kata kerana dendam adalah sifat yang ada pada diri syaitan '', kata-kata itu tiba-tiba tergiang di telinga ku.
        Aku amat merindui nasihat Zaim, aku tak nak menganggu pelajarannya di sana  tapi aku betul-betul memerlukan nasihatnya,,aku takut kepada cinta lelaki dengan nasihat Zaim telah membuka minda dan hatiku untuk mendambakan cintaku pada Allah sahaja, aku mahu meluahkan rasa cinta padanya dengan mengikuti segala suruhanya dan bercita-cita untuk menjadi mujahadah islam yang terhebat, Dalam mendambakan cinta illahi, Allah telah menguji keimanan dan lembutan hatiku sebagai seorang wanita dengan kehadiran Amirul Azharuddin, Buku yang telah dihadiahkan kepadaku oleh Amirul Azharuddin telah ku simpan di dalam sebuah laci bawah kerana aku tak mahu melihat buku itu, aku tak mahu hati ini terus melayani perasaan. Saat rindu bertamu di hati, saat cinta Humaira Azzzahra nur Ira di balas, saat itu jugalah kenangan buruk itu datang, saat itu jugalah aku terkedu memikirkan perasaan yang telah bercelaru.

       ''kenapa aku boleh terjatuh cinta dengan Amirul Azharuddin..?..'', satu perkataan yang menjadi luahan rasa pada pagi yang hening, kedengaran bunyi-bunyi burung yang sedang berkicauan di luar tingkap menyinggah ke ruang telinga  yang telah menganggu tidurku, Ya Allah aku bermimpi rupanya.
Dari semalam fikiranku melayang-melayang entah ke mana hinggakan perasaan itu masih mengikutiku di dalam mimpi, aku bingkas bangun dari katil bujangku dan berlari menuju ke bilik mandi untuk menyiapakan diri ke rumah Aini.
  Aini menghantar mesej kepadaku semalam menyuruh aku mengisikan borang Matrikulasi kepadanya pada 7.00 pagi ini tapi aku sedikt lewat. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi, setelah selesai mandi aku mengambil telefon bimbitku dan menaip papan kekunci telefon menyatakan minta maaf kepada Aini kerana lewat, aku membuka almariku dan mengenakan baju blouse labuh warna kuning yang disendodongkan dengan tudung bawal bidang 55 yang berwarna putih...Aku bergegas keluar setelah mempersiapakn diri lalu meminta kebenaran umi untuk ke rumah Aini. Waktu subuh, aku tidak dapat menghadap Allah kerana masalah wanita datang bulan tapi aku kirimkan segala puji-pujianku kepadaNYA tanda syukur dan cintaku kepadaNYA sambil mula menghidupkan motor skuter ego 'pink' kesayangnganku. Bibirku masih sibuk memberi pujian kepada Maha pencipta, aku mengenakan topi kelendar dan memulakan perjalananku dengan lafaz ' bismillah'hirahmanirahhim''.  Rumah Aini terletak di Taman Kiara. Sedikt jauh dari rumahku kerana aku perlu melalui bandar untuk sampai ke rumahya, Dalam masa 15 minit aku menekan punat hon motorku setelah sampai dihadapan rumah Aini, kelihatan Aini yang sibuk memandang skrin laptop di bangku berdekatan pokok bunga dihalaman rumahnya.
                ''wei apasal kau lambat sangat, dari tadi lagi aku tunggu kau, tercongok je dekat sini..''...bebelan Aini kepadaku.
Aku meletakkan motorku di hadapan garaj lalu menuju langkah ke arah Aini.
                 ''Kau ni,n ak membebel pun tunggu lah aku turun dari motor dulu..'', gurauku supaya Aini tidak terasa hati akibat kelewatanku, Kami mula sibuk melakukan kerja kami seperti tujuan aku ke sana. Aku mengisi semua butiran milik Aini dalam sebuah portal.
                  ''Ok done!, alhamdulillah..siap dah..tinggal kau pergi print je syarat-syarat butiran dia, lepas tuu semuanya dah sentle,,tunggu dia panggil je'', kata-kataku membuat Aini tersenyum kerana akhirnya kerjanya sudah siap.
                  ''ok,terima kasih sahabatku yang tercinta,'', sambil memeluk aku dengan kuatnya. Kami bergelak ketawa apabila bercerita tentang sekolah dan kenangan kami bersama,  betul kata orang, Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Walaupun aku dan Aini bagai isi dan kuku tapi aku tidak pernah berkongsi masalah aku dengan dia kerana khuatir jika dia menjauhi aku hakikatnya adalah aku seorang gadis yang muram bukan gadis yang ceria seperti yang disangka oleh Aini.
Setelah selesai, aku meminta diri untuk pulang ke rumah. 
                  ''Aini..dah borak panjang kita nie...aku nak balik dulu,nanti ganggu keluarga kau pulak...lagipun takut umi aku suruh tolong dia ke kat rumah tuu..'', sambil aku bingkas bangun dari bangku dan mencapai topi keledar.
 Sebelum sempat Aini berbicara tiba-tiba kedengaran telefon bimbitku berdering menanda ada mesej masuk, aku mencium tangan Aini dan terus meminta pulang,  aku tak mahu terus mencapai telefon bimbitku dihadapan Aini kerana khuatir jika Aini terasa hati disebabkan aku leka membaca mesej hingga tidak menghiraukan dia. Aku meghidup enjin motor dan meneruskan perjalanan ke luar pintu pagar sambil melambaikan tangan kepada Aini, aku membawa motor sehingga ke sebuah simpang dan memberhentikan motor di sebuah taman permainan yang berdekatan, aku terus menyelongkar beg sandangku mencari telefon bimbitku. Aku memandang skrin telefon dan membuka mesej..''hah,ustaz?..'', aku terkejut dengan penulisan yang tertulis di skrin telefon bimbitku Tiba-tiba hatiku berdegup kencang dan tidak mempercayai apa yang telah aku baca sebentar tadi melalui pesanan ringkas itu.
                ''Assalamualaikum, saudari Humaira, saya dan ibu saya sekarang sudah berada di sini, saya membawa ibu saya untuk berjumpa dengan awk dan keluarga, Tolong bagi alamat awk dekat saya, jangan menghampakan kehadiran ibu saya..''
Aku terkedu seribu bahasa tidak tahu apa tindakan yang perlu aku lakukan, sesampainya aku dirumah, kelihatan umiku sedang bercucuk tanam di hadapan halaman rumah.'', perlukah aku cakap dekat umi..?..'', bisikan hatiku kerana kebuntuan.
Aku terus meluru masuk ke dalam rumah tanpa memandang riak muka umiku kerana rusing sudah menerpa di dalam hatiku. Aku terus  membuka laptop putihku, jari jemariku sibuk menaip nama Zaim dalam facebook, aku memerlukan pendapat Zaim ketika ini. Aku terus menceritakan apa yang telah terjadi melalui penulisan dan menyatakan bahawa aku amat memerlukan pendapat seorang sahabat ketika ini. Dalam masa beberapa minit, kelihatan satu mesej telah terbalas dari Zaim.
              ''waalaikumussalam, Humaira jangan terlalu bimbang, cuba bertenang dengan berzikir, Andai kata sudah tertulis yang Humaira adalah jodohnya,awk ikut sahaja pendapat kedua orang tua awk, kalau mereka setuju,awk setuju, kalau mereka tidak setuju, awk tidak setuju. Pendapat mereka mungkin terbaik daripada kita sebab mereka sudah makan garam dulu sebelum kita,  sekarang  Humaira hanya berdoa dan sentiasa berzikir..inshaAllah,Allah akan tenangkan hati awk''
 Aku terus mengambil wudhuk dan bertenang mengingati Allah. Aku mengambil telefon bimbit yang berada di atas meja belajarku dan  membalas mesej Amirul Azharuddin, aku menaip alamat rumahku secara teperinci dan memohon maaf kerana kelewatan.
 Aku membalas mesej Amirul Azharuddin bukan niatku untuk menerimanya tetapi kerana tidak mahu menghampakan ibunya  terkilan rasa dihati kerana Amirul Azharuddin tidak berbincang dahulu masalah ini dengan aku tetapi membuat keputusannya dengan sendiri. Humaira Azzahra Nur Ira mundar-mandir di dalam biliknya, risau memikirkan reaksi wajah kedua-dua ibu bapanya apabila meyambut kedatangan Amirul Azharuddin dan ibunya bila-bila masa sahaja. Debaran aku diganggu dengan pangilan adikku,
                ''Kak Humaira!, umi panggil''. Aku terus meluru ke  luar rumah, kelihatan seperti mereka sudah sampai.
 SubhanaAllah, mereka betul-betul berada dihadapan aku sekarang, apa yang perlu aku lakukan?. Tenang duhai hati, bertenang, sambil mengosokkan telapak tangan ke dada dengan lafaz 'subhanallah', aku berjabat tangan dengan ibuya dan mencium tangannya dengan penuh rasa hormat, umiku menyuruh mereka masuk ke dalam rumah, aku hanya mampu mengukir senyuman di hadapan mereka tetapi dalam hati penuh  dengan kerusingan.
               ''kak Humaira, pergi buat air teh dekat tetamu kita nie ''..suruhan umiku ku turuti tanpa sebarang kata, aku melangkah kaki meluru ke ruang dapur untuk membuat air teh.
           Dalam beberapa minit,  air teh dihidangkan bersama sedikit kuih aku bawakan bersama dulang ke ruang tamu. Aku memerhati satu pasang mata yang memandangku tanpa berkedip dengan satu senyuman yang terukir di bibir. Aku hanya mampu melindungkan rasa takut ini dengan menundukkan pandangan mataku.
                 ''kakak, pergi masuk bilik dulu..''suruh umiku, kelihatan seperti ayahku sudah pulang dari urusan kerjanya bersama sebuah kereta persona yang dinaikinya.
                 ''oh, kita ada tetamu rupanya,''.
Amirul Azharuddin bingkas bangun dari tempat duduknya dan mencium tangan ayahku dengan rasa hormat. Aku terus melangkah ke dalam bilik,bilikku berdekatan dengan ruang tamu, jadi mudah untukku mencuri dengar perbualan mereka nanti. Kenapa sepertinya keadaan diluar sunyi sepi sahaja..mereka tidak berbual ke?. Kedengaran seperti hanya suara ayahku yang berbunyi.
                    ''Besar sungguh hajat Amirul ni..Amirul tahu ke yang Humaira baru habis spm?..Pak cik nak tahu lah macam mana boleh kenal dengan Humaira ni?..'', dalam nada yang lembut walaupun suara sedikit kuat kedengaran daripada mulut ayahku. 
Aku mendekatkan telingaku ke arah pintu rapat-rapat untuk menghayati apa yang ingin diperkatakan oleh Amirul Azharuddin.
                    ''Memang besar hajat saya pakcik sebab itulah saya bawakan ibu saya bersama, saya mahu ibu saya mengenali Humaira dengan lebih dekat, Saya sukakan perwatakan Humaira sewaktu saya menjadi facilitaor dia dulu, saya tahu dia baru habis spm, sebelum saya berangkat ke Madinah menyambung pelajaran saya, saya nak 'menanda' Humaira terlebih dahulu. Sekurangnya  hati saya berasa lega pakcik..'', kata-kata yang keluar dari mulut Amirul Azharuddin membuat aku terkedu takungan air mata keluar mengalir deras melaui pipi.
                  ''oh begitu...Ustaz la ni...Bagus-bagus..pak cik suka dengan niat Amirul, tapi Humaira mempunyai perasaan ke kepada Amirul seperti mana Amirul menyukainya?...'', Kedengaran pertanyaan ayahku yang sayup-sayup dari gegendang telingaku, aku geram sangat mahu saja aku berlari keluar dan menyatakan luahan rasa hatiku terhadap Amirul selama ini tapi aku takut, aku trauma, aku tak nak, hati aku terbelah bagi.
                  ''Ya Allah,aku terima ujianMU dengan redha, bantulah aku, tenangkalah hati ini. ''aku menadah tangan dan berdoa kepada Allah yang maha pencipta sambil meraut telapak tanganku ke muka yang masih dibasahi oleh air mata.
                  ''Pakcik..saya tak tahu tentang isi hati dia terhadap saya, saya pun tak bertanya tentang hal ini kepadanya sebab itulah saya dan ibu saya datang ke mari, saya mahu berbincang tentang hal ini dihadapan pak cik dan makcik, termaksuklah di hadapan ibu saya, saya juga mahu mendengar pendapat pakcik dan mak cik tentang perkara ini..'', kedengaran penjelasan yang di buat oleh Amirul Azharuddin terhadap pertanyaan ayahku sebentar tadi .
Tiba-tiba pintu bilikku di ketuk perlahan oleh seseorang aku segera mengelap air mata yang membasahi pipiku dan membuka pintu bilikku, kelihatan seperti umiku menyuruh aku keluar dan menarik tanganku.
                    ''Kak Humaira, tahu ke tentang tujuan kedatangan Amirul dan Mak cik Khadijah nie?..'', aku hanya menganggukkan kepala menandakan aku sudah tahu tentang tujuan mereka ke mari.
Mata aku sedikit menjeling ke arah Amirul Azharuddin untuk memberi satu 'signal' untuk memberi ruang untuk aku dan dia berbicara, aku tidak tahu sama ada dia mngerti atau tidak dengan tindakanku itu.
                    ''kalau dah kak Humaira dah tahu, ayah nak tanya sedikit..kak Humaira ada menaruh perasaan ke dekat Amirul?..ayah tak nak lah Amirul hanya bertepuk sebelah tangan sahaja...'', pertanyaan ayah aku membuat aku terkedu seribu bahasa, aku tak tahu apa perlu aku meluahkan sahaja perasaan ini? tapi kenapa hati aku masih terbelah bagi. Perasaan takut masih menguasai aku, semuanya kerana noktah hitam yang aku alami. Aku perlukan jawapan!!...
                    ''emm,,ayah..kak Humaira tak tahu..''..itu sahaja yang mampu aku katakan, Ibu Amirul Azharuddin sepertinya tidak menyukai aku kerana pandangan matanya terhadapku membuat aku takut. Mungkin dia hanya mengikut kata-kata Amirul Azharuddin ke sini untuk menyedapkan hati anaknya sahaja...''Ah!,Mana boleh aku berfikir buruk terhadap orang lain,, buruk padahnya nanti..''..aku bermonolog sendirian didalam hati Tiba-tiba suasana sunyi..hanya kedengaan bunyi kipas yang masih sibuk berputar di atas siling ... ''Izinkan saya untuk bercakap dengan sedirian dengan Humaira di halaman depan rumah?..
                    ''tiba-tiba kedengaran satu pertanyaan yang keluar dari bibir ibu Amirul Azharuddin.
                     ''silakan..''..aku melangkah ke halaman rumah diiringi oleh ibu Amirul, Ibunya melabuhkan punggungnya di atas sebuah bangku berdekatan halaman dan memulakan perbicaraanya.
                      ''Mak cik..suka kan Humaira sejak mula-mula mak cik pandang Wajah Humaira, mak cik setuju jika Humaira dijodohkan dengan Amirul tapi Humaira masih muda, jauh lagi perjalanan Humaira, Amirul beritahu mak cik tentang perasaan dia terhadap Humaira. Dia tidak tenteram kerana perasaan itu bermain-main dalam fikiran dia  jadi mak cik menyuruhnya dia berterus terang dengan Humaira seperti mana Jawapan istikarah dia, mak cik sangkakan dia tak akan beritahu kepada Humaira kerana Amirul tu sedikit pemalu orangnya tapi tak sangka dia betul-betul mendengar kata-kata mak cik. Mak cik tahu, kedatangan mak cik ke sini hanya nak merisik Humaira untuk dijadikan tunang kepada Amirul tapi Humaira.,  mak cik minta maaf, mak cik sudah ada calon yang sesuai kepada Amirul, mak cik dah berbincang dengan ibu kepada calon ini, tapi tak sangka pulak hal ini terjadi..'', kata-kata itu membuat aku tersentap, apa maksud dia sebenarnya.
                   ''emm,,kenapa mak cik tidak memberitahu Amirul yang makcik sudah ada calon untuknya?..'', pertanyaanku terhadap ibu Amirul.
                   ''mak cik dah cakap dekat dia tapi dia tak nak, katanya nak belajar dulu, tapi kalau pasal Humaira boleh pulak, entahlah makcik pun tak faham, kalaulah ayah Humaira bersetuju tentang perkara ini..mak cik redha je..cuma makcik nak berterus terang dengan Humaira supaya Humaira berfikir dulu sebelum mengambil apa-apa tindakan..'', kata Mak cik khadijah dengan penuh perasaan.
                   ''mak cik, keputusan saya terletak kepada umi dan ayah saya sahaja'' kataku...''baguslah macam tu, mak cik pun redha je la dengan keputusannya nanti..jom lah kita masuk ke dalam,nanti apa pulak dia orang fikir..'', Mak cik khadijah mengangkat punggungnya dan melangkah masuk ke ruang  tamu dalam rumah.
Aku mengirinya dari belakang, Kelihatan Amirul dan ayahku sibuk berborak. Bila terpandangkan muka Amirul, aku jadi serba salah, sekarang hati aku semakin bercelaru.
                  ''dah habis berborak, saya dah buat keputusannya. Humaira masih belajar lagi, muda lagi jadi lebih baik dia belajar dulu supaya tidak menganggu pelajarannya, kalau Amirul betul-betul suka dekat anak pak cik ni,Amirul tunggu lah dia..inshaAllah, jika dia ada perasaan terhadap Amirul pasti hatinya tidak akan berubah ,begitu juga dengan hati Amirul...Jadi pak cik bukan nak menghampakan hati mana-mana pihak,cuma pak cik nak tengok kejayaan Humaira ke menara gading. Kalau dah jodoh tak kemana..'', Ayahku telah memberi keputusan yang terbaik buat masa sekarang, sekurang-kurangnya memberi ruang untuk ku berfikir sejenak.
                   ''emm kalau begitu pendapat pak cik,saya terima dengan hati terbuka,sekurangnya saya dah berasa puas kerana sudah meluahkan rasa hati saya terhadap anak pak cik dihadapan ibu, makcik dan pakcik sendiri, saya mahu beredar dulu ya pakcik..'', Amirul Azharuddin bingkas bangun dari duduknya dan menyambut  tangan ayahku dan sempat memberi satu senyuman yang amat manis kepadaku menandakan kepuasan hatinya.
Aku juga turut mencium tangan mak cik khadijah, semua sudah kelihatan melangkah kaki ke halaman rumah. Hanya tinggal aku dan Amirul di belakang mereka.
                   ''saya akan tunggu awk?, jagalah hati awak untuk saya..jaga hati kerana Allah..'', sempat memberikan pesanan sebelum berangkat pulang.
 Pada malam itu,   aku tidak dapat melelapkan mata kerana masih tergiang-giang kata-kata Amirul Azharuddin bercampur dengan kata-kata ibunya. Aku buntu dengan perasaan aku, Aku meluru ke bilik air, mengambil wudhuk, aku mahu meluahkan rasa hati yang tidak tenteram ini kepada kekasih abadiku yang sudah pasti sentiasa menemani aku saat aku sedih atau gembira, aku menghabiskan masa aku pada malam itu dengan kekasih abadi berteleku di sejadahku, subhanaAllah tenangnya rasa hati initeringat dengan kata-kata dari sebuah buku yang diberikan kepadaku oleh Amirul Azharuddin.
   ''ketika cinta menyapamu,jangan silau dengan indahnya dia,
     tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat,
     kepada Allah atau tidak..'' (Ahmad Khalil Juma'ah)
Adakah cinta yang menyapaku terhadap Amirul Azharuddin membuat aku dekat padaMU...?..Setiap kali aku buntu dengan pertanyaan hati,aku sentiasa mendekatkan diri padaMU YA,Allah..Aku tak layak untuk pemuda itu..tinggi ilmunya hanya layak kepada orang yang setaraf dengannya.
                   ''Cinta itu bukan nak cari yang sempurna tapi yang menyempurnakannya. Merendah diri tidak salah tapi jangan sampai kehilangan keyakinan itu yang tak boleh.''.
Tiba-tiba satu suara kedengaran dari corong telinga ku saat aku masih berteleku di sejadah.
                  ''umi!..'', aku terus memeluk erat umiku dengan penuh rasa sayang.
kata-kata itu membuat aku tersedar dari lamunan,  sambil umiku menggosok ubun-ubun kepalaku..terasa sangat hangat berada dipelukan umi ketika aku betul-betul memerlukan seseorang berada disisiku ketika ini.


ketika asyik berada dalam pelukan umi tiba-tiba kedengaran satu mesej masuk melalui bunyi nada deringnya. Aku mencapai telefon bimbitku yang berada di atas meja belajarku, aku memandang skrin telefon dengan penuh minat.
   ''Assalamualaikum saudari,saya mahu berjumpa dengan saudari esok pada pukul 3.00 petang di Masjid besar berdekatan  kawasan bandar, ada benda yang perlu saya beri kepada Saudari sebelum saya berangkat ke Airport esok..saudari jangan lupa membawa umi atau sesiapa sahaja utuk menemani saudari ke sana esok..''
''Umi..ustaz Amirul hantar mesej..dia nak jumpa dengan kak Humaira esok..boleh?..''...aku terus memberitahu umi tentang isi penulisan yang ditulis oleh Amirul Azharuddin melalui mesej ini...''Umi xkisah kalau kak Humaira nak jumpa dengan Amirul..tapi Humaira kena minta kebenaran Ayah..lepas tuu suruh Widad temankan...umi ada hal esok tak dapat nak temankan''...kata umi...''Umi..perlukah kak Humaira bawa hadiah untuk ustaz Amirul nanti..''...pertanyaanku kepada umi..''suka hati kak Humaira la..umi pun tak tahu..hurmm,esok kak Humaira ajak Widad keluar awal-awal sikit..pergilah beli apa yang patut untuk Amirul..''...jawab umiku sambil meluru keluar dari bilikku.

No comments: