Thursday 16 February 2017

CORETAN HIDUP (LAKARAN KASIH ILAHI)






BAB 5

    Ketika matahari sedang khusyuk mengalunkan zikir kepada Allah, jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. ''cuaca hari ni cerah je,tapi tak sepanas seperti biasa ''..aku bermonolog sedirian dalam hati dan melangkah kaki ke almari, aku menyelongkar almari pakaianku mencari baju yang sesuai untuk aku bertemu dengan seseorang yang sudah menyentuh hatiku dengan Cinta. Aku memperkenakan baju blouse hitam kerana takut tidak sempat ke Bandar,aku hanya sendodongkan blouse hitam dengan selendang pink...selendang lebih mudah pakai dan tak perlu di'iron' terlebih dahulu. Aku memandang cermin dengan penuh khusyuk, meletakan sedikit aksesori untuk memperkemaskan lagi selendang yang dipakai, aku mengambil sarung kaki coklat dan menyarungkan dikakiku dan menolak dedaun pintu bilik sempat lagi mengambil beg sandang yang tersangkut di bahagian belakang pintu untuk dibawa bersama mata aku sibuk melilau mencari Duratul Widad khaisarah iaitu adikku yang berumur enam belas tahun, muda dua tahun dari umurku sekarang, aku sudah mendapat kebenaran dari ayahku dan mengajak Widad menemani aku pada pagi tadi
          ''widad!...mana widad nie?..kak Humaira dah lambat ni, kak Humaira tunggu dekat motor ok!..'', kerana penat mencari aku terus meluru langkah keluar, kelihatan seperti adik-adiku yang lain mengikut umi dan ayahku keluar kerana keadaan rumah yang sunyi hanya kedengaran bunyi televisyen di dalam rumah. ''Kak Humaira tunggu kejap, Widad nak kunci pintu ni, Kak Humaira tunggu dekat luar pintu pagar sebab Widad nak kunci pintu pagar'',  tiba-tiba kedengaran bunyi suara Widad dari belakang rumah yang sibuk mengunci pintu, aku menghidupkan motor skuter ego dan meluru keluar dari pagar rumah
         dalam masa 15minit perjalanan aku dari rumah ke bandar, keadaan bandar amat sesak dengan pelbagai jenama kenderaan yang masing-masing sibuk berpusu-pusu melalui jalan sehala dalam bandar. Aku memletakan motorku di hadapan farmasi Muarmar terletak di selekoh jalan.
        ''kita nak pergi kedai mana dulu ni..Widad rasa dekat mana tempat yang sesuai nak beli hadiah?..'', tanyaku kepada Widad setelah turun dari motor sambil tangan masih sibuk megunci tayar motor dengan mangga.
      ''Widad rasa kedai 'BEE GAR PRIZES' tu ada banyak barang-barang yang menarik..jom la...'',,sambil menarik tanganku mengikutnya ke kedai tersebut...Rambang mata aku dibuatnya..semua hadiah dekat situ cantik sangat.
        Aku melilau mencari hadiah yang sesuai untuk Amirul Azharuddin sebagai balasan hadiah yang mahu diberinya kepadaku,  seumur hidupku tak pernah lagi aku menghadiahkan seseorang lelaki sebuah  hadiah walaupun kawan aku sendiri.  pengalaman nak mencari hadiah yang sesuai untuk lelaki, ini adalah pertama kalinya.
'takkan aku nak bagi buku?..keychain..?..apa ek..''..susahnya nak cari.
            ''kak Humaira,apa kata kak Humaira bagi 'frame' gambar?..'', Aku hanya menganggukkan kepala menanda aku setuju dengan pendapat Widad,  setelah membayar hadiah tersebut di kaunter pembayaranaku terlihat satu bantal kecil sangat comel lukisannya berwarna pink kegemaranku di hadapan kedai tersebut..''Widad..tengok..comel sangat bantal nie..siap ada gambar spongebob squarepants lagi..jom beli...'’ aku mengeluarkan duit dari poket dan membayar untuk harga satu bantal.
            ''Kak Humaira,,takkan kita nak bagi 'frame' gambar kosong je dekat Abang Amirul?..apa kata kita pergi 'cuci' gambar..'', kata Widad..
            'hurmm,,'cuci; gambar siapa pulak?..biar la kosong macam nie..''..kataku.
            ''Jom ikut Widad..Widad ada gambar spongebob squarepants dalam fon nanti Widad edit dekat 'picture' tuu dan tulis 'Mulakan harimu dengan senyuman walaupun dalam kesedihan' seperti pesan kak Humaira dekat Widad...'', sambil tangan Widad Sibuk meng'edit' kata-kata itu dalam telefon bimbitnya dan mengepit tanganku di bawah ketiaknya. Aku hanya memenuruti semua tindakan Duratul Widad khaisarah kerana aku buntu untuk berbuat apa.
    Dalam masa 15 minit, gambar itu siap dicuci menjadi sekeping gambar yang amat cantik bila di'edit' oleh Widad..Widad membuka 'frame' gambar yang baru dibeli sebentar tadi dan meletakkan gambar di dalamnya..sangat cantik bila dilihat..Aku memandang jam tanganku yang menunjukkan sudah pukul 2.30 petang...''Okay! semua dah sentle,jadi jom kita pergi solat,solat dekat masjid besar selalu la..''..ajakku sambil kaki melangkah ke tempat 'parking'.
       Kami bersolat di masjid besar berdekatan bandar, disini juga tempat yang dijanjikan oleh Amirul Azharuddin untuk bertemu denganku. Setelah siap, aku keluar dari pintu masjid dan menuju ke bawah pokok besar yang rendang, menuggu Widad bersia, jam tanganku sudah menunjuk pukul 3.00 petang, kelibat Amirul Azharuddin masih tidak kelihatan. ''kak Humaira, ni hadiah Abang Amirul nanti lupa pulak nak bagi dekatadia''.
       tiba-tiba suara Widad telah menganggu lamunan aku sambil melabuhkan punggungnya menemani aku di sebelah bangkuku.  ''Kak Humaira suka dekat Abang Amirul ke ?, kalau suka kenapa kak Humaira tak bagi tahu dia?. kesian Widad tengok dia, macam bertepuk sebelah tangan je..''., pertanyaan yang keluar dari mulut Widad membuat aku tersentap, perlukah aku menjawab soalan itu..?, aku hanya mampu mengukirkan senyuman untuk menjawab soalan yang dituju oleh Widad kepadaku.
         sebuah kereta kancil putih tiba dihadapan kami, membuat kami terkejut kerana kedatangan kereta kancil putih itu melulu dengan tiba-tiba. Kelihatan seorang pemuda berbaju ala 'punjabi' hitam keluar melaui pintu kereta tersebut. Amirul Azharuddin melangkah kaki mendekati kami di bawah pepohon yang rendang. Matanya memandang aku dengan penuh rasa malu , membuat aku tertunduk memandang lantai  Jalan dengan seribu kebisuan.
         ''emm, assalamualaikum, Widad pun ada jugak dekat sini,  teman kak Humaira ya? '', teguran Amirul Azharuddin menyapa Widad memecah kebisuan diantara kami...
                ''Abang Amirul ingat Widad lagi rupanya, ingat dah tak ingat, teman kak Humaira dengan Abang la nie..'', sambil sempat mencubit paha kanan aku  membuat aku terlompat dari kedudukanku.
          ''emm, Humaira saya nak tahu perasaan awk dekat saya sebelum saya berangkat pergi..'', soalan dari Amirul tiba-tiba membuat aku terdiam mengatur ayat untuk menjawab soalan itu dengan menunduk kepala. ''Ustaz, secara jujur saya cakap, saya tak layak untuk ustaz, ustaz carilah orang yang selayaknya untuk menjadi surihati ustaz, saya tak tahu dengan perasaan saya terhadap ustaz..''. Aku terpaksa menipu Amirul Azharuddin tentang perasaan aku yang sebenar.
           Ya,Allah sesungguhnya KAU maha mengetahui tentang isi hati aku..bertapa aku telah jatuh cinta dengan keperibadian pemuda ini,  aku terpaksa menipu kerana tidak mahu menghampakan harapan mak cik khadijah dan aku masih belum bersedia untuk berada di situasi sekarang.
          ''Layak atau tidak bukan kerja kita Humaira, fitrah cinta yang Allah bagi tak mengenal darjat ilmu yang dimiliki oleh seorang, hati saya terpaut dengan perwatakan awak bukan sebab lain Humaira...saya tak mahu memaksa awak..tapi saya nak awak buka pintu hati awak untuk menerima saya...semasa ketiadaan saya, saya harap awak dapat menjaga hati awk untuk saya kerana Allah..'', subhanaAllah kata-kata yang keluar dari perasaan Amirul Azharuddi memebuat aku terkesima, aku rasa bersalah, aku tak terdaya...Apa perlu aku lakukan..
             ‘'terima kasih sebab ustaz sudi jatuh cinta dengan saya, InshaAllah ustaz!,''. Hanya ungkapan itu yang mampu aku katakan kepadanya padahal terbuak-buak dalam hati mahu berterus terang dengannya. ''Tak ape Humaira..tak perlu berterima kasih, cinta datang daripada Allah...emm,,ini hadiah saya kepada awak..saya suka tengok warna tudung ni semasa saya dekat Bazar Tok Guru tadi...teringat dekat awak..jadi harap awak sudi terima hadiah ini dari saya..''. sambil menghulurkan beg plastik hijau kepadaku.
           ''emm, saya perlu ke Airport sekarang, pukul 6 saya nak bertolak, awak jaga diri awak baik-baik, hati awak dan jangan lupa jaga solat awak..ingat saya dalam doa awak..Widad!, Abang pergi dulu, belajar rajin-rajin tau..Assalamualaikum,''. Sambil melangkah kaki pergi sempat Amirul Azharuddin menoleh ke belakang memandang mataku dengan penuh harapan agar aku membalas cintannya.
         ‘'Kak Humaira!,hadiah tuu, lupa pulak..''...aku terus berlari menuju ke kereta Amirul Azharuddin setelah diberitahu oleh Widad sambil tangan memegang kemas beg plastik yang mengadungi hadiah. Kelihatan Amirul masih tercegang dihadapan pintu kereta kancil miliknya.
              ''ustaz!,maafkan saya..saya terlupa pulak nak bagi ustaz hadiah...emm,ustaz jaga diri baik-baik bila dekat negeri orang..terima kasih ustaz..''. sambil menghulur beg plastik di tangan Amirul Azharuddin..''ish susah pulak bagi hadiah, saya tak mintak balasan pun, tapi tak ape la..terima kasih Humaira..saya akan simpan hadiah ni baik-baik dan akan jaga diri saya baik-baik..inshaAllah, Allah sentiasa bersama saya, saya pergi dulu ya..ingat pesan saya'', terus meluru masuk ke dalam kereta kancil putih miliknya dalam keadaan tergesa-gesa, sempat menghadiahkan satu lambaian tangan sebelum menghilang pergi dari pandangan mataku.
Aku betul-betul mendambarkan seorang pemuda yang baik akhlaknya seperti Amirul Azharuddin tapi hati ini masih berbelah bagi antara berterus terang atau berdiam diri.  Hati dan perasaan yang dicipta oleh Allah swt banyak menguji kesabaran dan ketakwaan seseorang hamba.
''Barangsiapa yang bercinta lalu mampu menahan diri dari perbuatan yang dilarang,serata dapat menyembunyikan perasaannya,kemudian dia mati,maka ia mati syahid..''
(hadis Marfu'Ibn Abbas dan Aisyah)

No comments: