BAB
4
Aku
melangkah kaki ke luar dewan Ibnu Sinar untuk menyembunyikan ekspresi mukaku. Aku
tak mahu Aini melihat reaksi perasaanku ketika itu. Perasaan yang telah
bercampur-gaul antara sedih dan terkejut , aku menuju ke bawah pohon pinang
yang rendang berdekatan dewan untuk mencari ketenangan seketika.
''Ustaz Amirul Azharudin
yang hantar mesej kat aku..? tapi kenapa dia..?
apa maksud semua ni.. Ya Allah, aku mohon petunjuk darimu..hanya kau
penolongku..''aku bermonolog sendirian sambil menerkup tanganku ke muka.
Aku
puas memikirkan soalan yang mungkin tidak akan terjawap sendirian, jika aku
tidak bertanya kepada pemuda itu sendiri tapi mampukah aku, hanya Allah yang
tahu. Aku bingkas bangun dari tempat duduk yang di temani oleh pepohon pinang
ke dewan tiba-tiba pemuda itu lalu dihadapanku sambil memandang tanpa berkedip.
Aku tidak mampu melawan pandangan itu lalu tunduk menghadap ke lantai rumput, hadir
satu perasaan yang sukar dimengertikan dengan kata-kata ketika itu. Pemuda yang selama ini, yang selalu mengusik
hati aku untuk merinduinya berada betul-betul dihadapanku, pemuda yang
digelarkan Ustaz Amirul Azharuddin hanya berdiri kaku dihadapanku tanpa memberi
apa-apa 'respon' ketika itu. Hanya kedengaran sayup-sayup lagu di speaker dewan
memecah kesunyian diantara kami.
Aku memberanikan untuk berbicara
dengannya bagi menjawab persoalanku sebentar tadi.
''emm,,ustaz boleh saya
tanya ustaz sesuatu?...''..kedengaran sedikit gentar dalam alunan
suaraku...''apa dia saudari..?...tak sesuai jika kita berbicara disini..'', sambil
menujuk jari telunjuknya menujuk ke arah bangku di tepi dewan menandakan dia
menyuruh aku bergerak ke bangku tersebut tanpa banyak berbicara aku seperti
tergerak sendiri, secara automatik mengikutnya tanpa sedikit bantahan kerana
dalam fikiranku, aku hanya mahu jawapan dari pemuda itu untuk menjawab
persoalanku, perasaan takut itu seperti sudah melayang jauh, keberanian untuk
berhadapan dengannya seperti berombak tinggi tanpa rasa takut dan gentar.
Amirul
Azharuddin melabuhkan punggunngnya ke atas sebuah bangku, aku hanya berdiri
kaku di hadapannya sambil pandanganku menghadap ke lantai rumput.
''saya
nak tahu..kenapa ustaz hantar mesej dekat saya..?..ustaz kan orang misteri yang
hantar mesej dekat saya..?'', tanyaku melulu tanpa memandang wajahnya.
''emm, ya saya yang menghantar
mesej tu, saya mahu berterus terang dengan saudari, tapi saya takut saudari
tidak mahu membalas mesej saya jika saudari tahu saya yang menghantar mesej tuu.
Saya tidak mahu berselindung lagi dengan saudari..saya nak berterus
terang..saya sukakan perwatakan saudari..saya telah jatuh cinta dengan
saudari...selama 3hari 2 malam saya perhatikan saudari..saya tengok saudari
suka bersendirian. Ketika itulah saya jatuh cinta dengan saudari, selepas
kejadian tuu, saya selalu memohon kepada Allah agar Allah menemukan saya dengan
saudari sebab saya mahu berterus terang dengan saudari, saya seperti terseksa
jika tidak berterus terang, alhamdulillah sekarang Allah sudah makbulkan doa
saya...saya tak mahu berterus terang dalam mesej sebab saya tak nak menjadi seorang
yang penakut...'', Amirul Azharuddin berbicara secara terus terang sambil
tangannya menyelongkar sesuatu di dalam beg sandangnya.
''ini
hadiah saya kepada saudari, mungkin saudari menganggap saya seseorang yang
pelik, berbeza dari perwatakan saya..saya tidak meluahkan rasa cinta saya
kepada saudari, tetapi saya mahu berterus terang dengan saudari tentang isi
hati saya, yang saya telah jatuh cinta dengan saudari, luahan cinta saya hanya
pada isteri saya..saudari berfikir lah baik-baik apa yang saya bicarakan kepada
saudari harap saudari tidak salah faham dengan saya..saya berterus terang sebab
saya mahu meluahkan rasa hati ini...jika saudari mahu tahu..inilah jawapan dari
Allah melalui solat istikarah saya selama ini.
‘’assalamualaikum'',
Amirul Azharuddin menghabiskan kata-kata terakhirnya lalu pergi menuju ke
sebuah kereta viva hitam gelap.
Aku
masih tercegang kaku tanpa kata-kata, Adakah aku bermimpi sekarang, istikarah..??...apa
maksud semua ini Ya AllaH!. Aku
memandang hadiah yang diberikan oleh Amirul Azharuddin yang dibaluti dengan
bungkusan berbentuk empat segi tepat.
Betapa
tenangnya saat kita sujud menyembah Allah, tuhan yang maha Esa...itulah yang
dirasakan oleh seorang gadis yang baru mendapat keputusan spmnya, Humaira
Azzahra Nur Ira tika baru melakukan solat isyak di dalam biliknya. Selepas
selesai menunaikan kewajipan kepada Allah, aku meluru keluar dari bilik menuju
ke halaman rumah. Melihat bintang-bintang di langit yang sentiasa berkedipan
menemani bulan yang menerangi langit pada malam itu.
Angin
malam menyapaku, suasana hening mengusik jiwa, fikiranku melayang-melayang
memikirkan tentang kejadian yang telah berlaku pada hari ini. Mimpi yang patut
aku terima dengan hati terbuka...sepatutnya aku gembira dengan balasan cinta
dari Amirul Azharuddin tapi kenapa sebaliknya berlaku. Adakah patut aku berasa
gembira..?, perlukah aku meraung untuk menyatakan perasaan gembira aku
sekarang?...tetapi hakikatnya hati aku sedang menangis tanpa diiringi lagu
sedih. Dengan luahan yang keluar dari mulut Amirul Azharuddin itu membuatkan
sesuatu masalah menjadi sulit kerana aku tak mampu menerima kenyataan ini tapi
kenapa?. Mungkin sebab Allah masih tidak menjawab soalanku melalui istikarahku
selama ini..aku menadah tangan berdoa kepada Allah ketika aku ditemani
malam,malam yang suram seolah-olah mengerti perasaan ku ketika ini,
Ya
Allah, aku memohon dengan maarifatMU,KAU beri aku ketabahan..Peluklah aku saat
aku kehilangankekuatan..Dakaplah aku saat diriku kelemahan, hanya padaMU tempat
aku menyadar harapan...amin..'', sambil meraut tanganku ke muka yang telah
basah dari takungan air mata yang kebocoran. Hadiah itu masih seperti
sediakala..aku tidak mengusik sedikit pun balutan yang membaluti hadiah
tersebut, aku hanya memandang bungkusan itu yang aku bawa bersama ,semasa
keluar ke halaman sebentar tadi. ''dulu aku nak sangat meluahkan perasan aku
dekat dia, tapi sekarang bila dia dah meluahkan perasaan dekat aku, aku pulak
yang tak nak..ish apa nie,bukankah selama ini aku rindu dekat dia dan berharap
dia menjadi milik aku..tapi betul kah tindakan aku kalau aku terima dia...kalau
aku terima dia,aku dan dia jadi apa?..tak kan kami perlu bercinta?..dan kalau
kami saling jatuh cinta..apa yang patut kami buat?....'', suara yang keluar
dari mulutku tiba-tiba meluahkan pertanyaan kerana kebuntuan sambil tanganku
sibuk membuka balutan hadiah yang masih dibaluti...kelihatan buku 'KOMPAS
CINTA' oleh A.UBAIDILLAH ALIAS yang terpampang di bahagian kulit buku...aku
mula membelek-belek buku ini dengan penuh perasaan., ''panduan remaja melakar
cinta dihatinya'', aku membaca sekilas yang tertulis didalam buku ini....Buku
ini amat menarik dimataku, aku mula tertarik dengan kata-kata yang tertulis didalam
buku ini..setiap bait perkataan seperti telah terjawab kepada soalan aku.
'' Benar,cinta itu bukan dalam
kekuasaan manusia kerana ia suatu rasa yang tidak mampu anada sentuh dan
pegang. Walaupun begitu,tidak wajar sekali jika anda pasrah dan membiarkan
cinta menguasai diri tanpa kawalan dan sempadan. Lagipun, tidak mugkin Allah
memberikan sesuatu kepada anda tanpa diberitahu cara-cara menguruskanya.
Sebagaimana
Tuhan menciptakan besi di dalam bumi, maka pasti di sana ada suatu ikhtiar untuk
menguruskannya agar menjadi manfaat, begitu juga cinta,mana mungkin ia
semata-mata cinta tanpa cara mengawalnya. Pasti ada ikhtiar atau pilihan
mahupun cara yang boleh anda lakukan untuk mengawal cinta agar tidak menewaskan
kewarasan kita'', bait-bait perkataan yang menarik perhatian aku.
Cinta..?...apa
maksud cinta..?, apa yang aku tahu sekarang, aku telah jatuh cinta kepada
seorang pemuda yang bernama Amirul Azharuddin. Bagiku cinta pada manusia hanya
melalaikan disaat diri masih lagi bergelar seorang pelajar. Noktah hitam yang telah aku lalui membuat aku
takut akan cinta seorang lelaki yang masih segar dalam ingatanku. Pada ketika
dulu, semasa aku mula-mula akil baligh hinggalah sekarang, aku amat membenci
kepada cinta seseorang lelaki akibat titik hitam yang aku alami yang meninggalkan
satu trauma yang besar kepadaku. Aku trauma dengan lelaki sehinggakan pada
waktu dulu aku bercita-cita untuk tidak akan pernah berkahwin. Aku takut dengan
cinta lelaki, takut untuk laluinya, Zaim seorang hamba Allah yang hebat itulah
yang telah menyedarkan aku sewaktu aku mula-mula bertemu dengannya dalam alam
maya kerana nasihat itu aku mula menanam perasaan untuk tidak berdendam dengan
lelaki. Aku masih ingat kata-kata Zaim yang kini menyambung pelajarannya ke
Mesir katanya,
''Kita tidak perlu menghukum diri kita
akibat masa lampau yang telah kita lalui, tapi kita perlu bagi peluang untuk
diri kita terus melangkah ke hadapan,,jadikan masa lampau yang pahit itu
sebagai ubat yang Allah bagi dekat kita supaya kita menjadi seorang mujahadah
cinta yang terhebat cuba awk tengok, kerana trauma yang awak alami, awak telah
pelihara hati awak daripada meluahkan rasa cinta kepada lelaki ajnabi oleh itu, suami awak akan dapat cinta yang 'high
class' cinta yang pertama Tapi jangan pula awak menghukum lelaki lain kerana
dendam, dendam adalah satu perasaan yang tak dapat dikaji dengan kata-kata
kerana dendam adalah sifat yang ada pada diri syaitan '', kata-kata itu tiba-tiba
tergiang di telinga ku.
Aku amat merindui nasihat Zaim, aku tak
nak menganggu pelajarannya di sana tapi
aku betul-betul memerlukan nasihatnya,,aku takut kepada cinta lelaki dengan
nasihat Zaim telah membuka minda dan hatiku untuk mendambakan cintaku pada
Allah sahaja, aku mahu meluahkan rasa cinta padanya dengan mengikuti segala
suruhanya dan bercita-cita untuk menjadi mujahadah islam yang terhebat, Dalam
mendambakan cinta illahi, Allah telah menguji keimanan dan lembutan hatiku
sebagai seorang wanita dengan kehadiran Amirul Azharuddin, Buku yang telah
dihadiahkan kepadaku oleh Amirul Azharuddin telah ku simpan di dalam sebuah
laci bawah kerana aku tak mahu melihat buku itu, aku tak mahu hati ini terus
melayani perasaan. Saat rindu bertamu di hati, saat cinta Humaira Azzzahra nur
Ira di balas, saat itu jugalah kenangan buruk itu datang, saat itu jugalah aku
terkedu memikirkan perasaan yang telah bercelaru.
''kenapa
aku boleh terjatuh cinta dengan Amirul Azharuddin..?..'', satu perkataan yang
menjadi luahan rasa pada pagi yang hening, kedengaran bunyi-bunyi burung yang
sedang berkicauan di luar tingkap menyinggah ke ruang telinga yang telah menganggu tidurku, Ya Allah aku
bermimpi rupanya.
Dari
semalam fikiranku melayang-melayang entah ke mana hinggakan perasaan itu masih
mengikutiku di dalam mimpi, aku bingkas bangun dari katil bujangku dan berlari
menuju ke bilik mandi untuk menyiapakan diri ke rumah Aini.
Aini
menghantar mesej kepadaku semalam menyuruh aku mengisikan borang Matrikulasi
kepadanya pada 7.00 pagi ini tapi aku sedikt lewat. Jam menunjukkan pukul 9.00
pagi, setelah selesai mandi aku mengambil telefon bimbitku dan menaip papan
kekunci telefon menyatakan minta maaf kepada Aini kerana lewat, aku membuka
almariku dan mengenakan baju blouse labuh warna kuning yang disendodongkan
dengan tudung bawal bidang 55 yang berwarna putih...Aku bergegas keluar setelah
mempersiapakn diri lalu meminta kebenaran umi untuk ke rumah Aini. Waktu subuh,
aku tidak dapat menghadap Allah kerana masalah wanita datang bulan tapi aku
kirimkan segala puji-pujianku kepadaNYA tanda syukur dan cintaku kepadaNYA
sambil mula menghidupkan motor skuter ego 'pink' kesayangnganku. Bibirku masih
sibuk memberi pujian kepada Maha pencipta, aku mengenakan topi kelendar dan
memulakan perjalananku dengan lafaz ' bismillah'hirahmanirahhim''. Rumah Aini terletak di Taman Kiara. Sedikt
jauh dari rumahku kerana aku perlu melalui bandar untuk sampai ke rumahya, Dalam
masa 15 minit aku menekan punat hon motorku setelah sampai dihadapan rumah
Aini, kelihatan Aini yang sibuk memandang skrin laptop di bangku berdekatan
pokok bunga dihalaman rumahnya.
''wei apasal kau lambat sangat,
dari tadi lagi aku tunggu kau, tercongok je dekat sini..''...bebelan Aini
kepadaku.
Aku
meletakkan motorku di hadapan garaj lalu menuju langkah ke arah Aini.
''Kau ni,n ak membebel pun
tunggu lah aku turun dari motor dulu..'', gurauku supaya Aini tidak terasa hati
akibat kelewatanku, Kami mula sibuk melakukan kerja kami seperti tujuan aku ke
sana. Aku mengisi semua butiran milik Aini dalam sebuah portal.
''Ok done!, alhamdulillah..siap
dah..tinggal kau pergi print je syarat-syarat butiran dia, lepas tuu semuanya
dah sentle,,tunggu dia panggil je'', kata-kataku membuat Aini tersenyum kerana
akhirnya kerjanya sudah siap.
''ok,terima kasih sahabatku yang tercinta,'', sambil
memeluk aku dengan kuatnya. Kami bergelak ketawa apabila bercerita tentang sekolah
dan kenangan kami bersama, betul kata
orang, Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat
yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Walaupun aku dan
Aini bagai isi dan kuku tapi aku tidak pernah berkongsi masalah aku dengan dia kerana
khuatir jika dia menjauhi aku hakikatnya adalah aku seorang gadis yang muram
bukan gadis yang ceria seperti yang disangka oleh Aini.
Setelah
selesai, aku meminta diri untuk pulang ke rumah.
''Aini..dah borak panjang
kita nie...aku nak balik dulu,nanti ganggu keluarga kau pulak...lagipun takut
umi aku suruh tolong dia ke kat rumah tuu..'', sambil aku bingkas bangun dari
bangku dan mencapai topi keledar.
Sebelum sempat Aini berbicara tiba-tiba
kedengaran telefon bimbitku berdering menanda ada mesej masuk, aku mencium
tangan Aini dan terus meminta pulang, aku
tak mahu terus mencapai telefon bimbitku dihadapan Aini kerana khuatir jika
Aini terasa hati disebabkan aku leka membaca mesej hingga tidak menghiraukan
dia. Aku meghidup enjin motor dan meneruskan perjalanan ke luar pintu pagar
sambil melambaikan tangan kepada Aini, aku membawa motor sehingga ke sebuah
simpang dan memberhentikan motor di sebuah taman permainan yang berdekatan, aku
terus menyelongkar beg sandangku mencari telefon bimbitku. Aku memandang skrin
telefon dan membuka mesej..''hah,ustaz?..'', aku terkejut dengan penulisan yang
tertulis di skrin telefon bimbitku Tiba-tiba hatiku berdegup kencang dan tidak
mempercayai apa yang telah aku baca sebentar tadi melalui pesanan ringkas itu.
''Assalamualaikum, saudari Humaira, saya dan
ibu saya sekarang sudah berada di sini, saya membawa ibu saya untuk berjumpa
dengan awk dan keluarga, Tolong bagi alamat awk dekat saya, jangan menghampakan
kehadiran ibu saya..''
Aku
terkedu seribu bahasa tidak tahu apa tindakan yang perlu aku lakukan, sesampainya
aku dirumah, kelihatan umiku sedang bercucuk tanam di hadapan halaman rumah.'',
perlukah aku cakap dekat umi..?..'', bisikan hatiku kerana kebuntuan.
Aku
terus meluru masuk ke dalam rumah tanpa memandang riak muka umiku kerana rusing
sudah menerpa di dalam hatiku. Aku terus
membuka laptop putihku, jari jemariku sibuk menaip nama Zaim dalam
facebook, aku memerlukan pendapat Zaim ketika ini. Aku terus menceritakan apa
yang telah terjadi melalui penulisan dan menyatakan bahawa aku amat memerlukan
pendapat seorang sahabat ketika ini. Dalam masa beberapa minit, kelihatan satu mesej
telah terbalas dari Zaim.
''waalaikumussalam, Humaira jangan terlalu
bimbang, cuba bertenang dengan berzikir, Andai kata sudah tertulis yang Humaira
adalah jodohnya,awk ikut sahaja pendapat kedua orang tua awk, kalau mereka
setuju,awk setuju, kalau mereka tidak setuju, awk tidak setuju. Pendapat mereka
mungkin terbaik daripada kita sebab mereka sudah makan garam dulu sebelum kita,
sekarang
Humaira hanya berdoa dan sentiasa berzikir..inshaAllah,Allah akan
tenangkan hati awk''
Aku terus mengambil wudhuk dan bertenang
mengingati Allah. Aku mengambil telefon bimbit yang berada di atas meja
belajarku dan membalas mesej Amirul
Azharuddin, aku menaip alamat rumahku secara teperinci dan memohon maaf kerana
kelewatan.
Aku membalas mesej Amirul Azharuddin bukan
niatku untuk menerimanya tetapi kerana tidak mahu menghampakan ibunya terkilan rasa dihati kerana Amirul Azharuddin
tidak berbincang dahulu masalah ini dengan aku tetapi membuat keputusannya
dengan sendiri. Humaira Azzahra Nur Ira mundar-mandir di dalam biliknya, risau
memikirkan reaksi wajah kedua-dua ibu bapanya apabila meyambut kedatangan
Amirul Azharuddin dan ibunya bila-bila masa sahaja. Debaran aku diganggu dengan
pangilan adikku,
''Kak Humaira!, umi panggil''. Aku terus
meluru ke luar rumah, kelihatan seperti
mereka sudah sampai.
SubhanaAllah, mereka betul-betul berada
dihadapan aku sekarang, apa yang perlu aku lakukan?. Tenang duhai hati, bertenang,
sambil mengosokkan telapak tangan ke dada dengan lafaz 'subhanallah', aku
berjabat tangan dengan ibuya dan mencium tangannya dengan penuh rasa hormat, umiku
menyuruh mereka masuk ke dalam rumah, aku hanya mampu mengukir senyuman di
hadapan mereka tetapi dalam hati penuh
dengan kerusingan.
''kak Humaira, pergi buat air
teh dekat tetamu kita nie ''..suruhan umiku ku turuti tanpa sebarang kata, aku
melangkah kaki meluru ke ruang dapur untuk membuat air teh.
Dalam
beberapa minit, air teh dihidangkan
bersama sedikit kuih aku bawakan bersama dulang ke ruang tamu. Aku memerhati
satu pasang mata yang memandangku tanpa berkedip dengan satu senyuman yang
terukir di bibir. Aku hanya mampu melindungkan rasa takut ini dengan
menundukkan pandangan mataku.
''kakak, pergi masuk bilik
dulu..''suruh umiku, kelihatan seperti ayahku sudah pulang dari urusan kerjanya
bersama sebuah kereta persona yang dinaikinya.
''oh, kita ada tetamu rupanya,''.
Amirul
Azharuddin bingkas bangun dari tempat duduknya dan mencium tangan ayahku dengan
rasa hormat. Aku terus melangkah ke dalam bilik,bilikku berdekatan dengan ruang
tamu, jadi mudah untukku mencuri dengar perbualan mereka nanti. Kenapa
sepertinya keadaan diluar sunyi sepi sahaja..mereka tidak berbual ke?. Kedengaran
seperti hanya suara ayahku yang berbunyi.
''Besar sungguh hajat Amirul ni..Amirul tahu
ke yang Humaira baru habis spm?..Pak cik nak tahu lah macam mana boleh kenal
dengan Humaira ni?..'', dalam nada yang lembut walaupun suara sedikit kuat
kedengaran daripada mulut ayahku.
Aku
mendekatkan telingaku ke arah pintu rapat-rapat untuk menghayati apa yang ingin
diperkatakan oleh Amirul Azharuddin.
''Memang besar hajat saya pakcik sebab
itulah saya bawakan ibu saya bersama, saya mahu ibu saya mengenali Humaira
dengan lebih dekat, Saya sukakan perwatakan Humaira sewaktu saya menjadi
facilitaor dia dulu, saya tahu dia baru habis spm, sebelum saya berangkat ke
Madinah menyambung pelajaran saya, saya nak 'menanda' Humaira terlebih dahulu.
Sekurangnya hati saya berasa lega
pakcik..'', kata-kata yang keluar dari mulut Amirul Azharuddin membuat aku
terkedu takungan air mata keluar mengalir deras melaui pipi.
''oh begitu...Ustaz la
ni...Bagus-bagus..pak cik suka dengan niat Amirul, tapi Humaira mempunyai
perasaan ke kepada Amirul seperti mana Amirul menyukainya?...'', Kedengaran
pertanyaan ayahku yang sayup-sayup dari gegendang telingaku, aku geram sangat mahu
saja aku berlari keluar dan menyatakan luahan rasa hatiku terhadap Amirul
selama ini tapi aku takut, aku trauma, aku tak nak, hati aku terbelah bagi.
''Ya Allah,aku terima ujianMU dengan redha, bantulah
aku, tenangkalah hati ini. ''aku menadah tangan dan berdoa kepada Allah yang
maha pencipta sambil meraut telapak tanganku ke muka yang masih dibasahi oleh
air mata.
''Pakcik..saya tak tahu tentang isi hati
dia terhadap saya, saya pun tak bertanya tentang hal ini kepadanya sebab itulah
saya dan ibu saya datang ke mari, saya mahu berbincang tentang hal ini
dihadapan pak cik dan makcik, termaksuklah di hadapan ibu saya, saya juga mahu
mendengar pendapat pakcik dan mak cik tentang perkara ini..'', kedengaran
penjelasan yang di buat oleh Amirul Azharuddin terhadap pertanyaan ayahku
sebentar tadi .
Tiba-tiba
pintu bilikku di ketuk perlahan oleh seseorang aku segera mengelap air mata
yang membasahi pipiku dan membuka pintu bilikku, kelihatan seperti umiku
menyuruh aku keluar dan menarik tanganku.
''Kak Humaira, tahu ke
tentang tujuan kedatangan Amirul dan Mak cik Khadijah nie?..'', aku hanya
menganggukkan kepala menandakan aku sudah tahu tentang tujuan mereka ke mari.
Mata
aku sedikit menjeling ke arah Amirul Azharuddin untuk memberi satu 'signal'
untuk memberi ruang untuk aku dan dia berbicara, aku tidak tahu sama ada dia
mngerti atau tidak dengan tindakanku itu.
''kalau dah kak Humaira dah
tahu, ayah nak tanya sedikit..kak Humaira ada menaruh perasaan ke dekat
Amirul?..ayah tak nak lah Amirul hanya bertepuk sebelah tangan sahaja...'', pertanyaan
ayah aku membuat aku terkedu seribu bahasa, aku tak tahu apa perlu aku meluahkan
sahaja perasaan ini? tapi kenapa hati aku masih terbelah bagi. Perasaan takut
masih menguasai aku, semuanya kerana noktah hitam yang aku alami. Aku perlukan
jawapan!!...
''emm,,ayah..kak Humaira tak tahu..''..itu
sahaja yang mampu aku katakan, Ibu Amirul Azharuddin sepertinya tidak menyukai
aku kerana pandangan matanya terhadapku membuat aku takut. Mungkin dia hanya
mengikut kata-kata Amirul Azharuddin ke sini untuk menyedapkan hati anaknya
sahaja...''Ah!,Mana boleh aku berfikir buruk terhadap orang lain,, buruk
padahnya nanti..''..aku bermonolog sendirian didalam hati Tiba-tiba suasana
sunyi..hanya kedengaan bunyi kipas yang masih sibuk berputar di atas siling ...
''Izinkan saya untuk bercakap dengan sedirian dengan Humaira di halaman depan
rumah?..
''tiba-tiba kedengaran satu pertanyaan yang
keluar dari bibir ibu Amirul Azharuddin.
''silakan..''..aku
melangkah ke halaman rumah diiringi oleh ibu Amirul, Ibunya melabuhkan
punggungnya di atas sebuah bangku berdekatan halaman dan memulakan
perbicaraanya.
''Mak cik..suka kan
Humaira sejak mula-mula mak cik pandang Wajah Humaira, mak cik setuju jika
Humaira dijodohkan dengan Amirul tapi Humaira masih muda, jauh lagi perjalanan
Humaira, Amirul beritahu mak cik tentang perasaan dia terhadap Humaira. Dia
tidak tenteram kerana perasaan itu bermain-main dalam fikiran dia jadi mak cik menyuruhnya dia berterus terang
dengan Humaira seperti mana Jawapan istikarah dia, mak cik sangkakan dia tak
akan beritahu kepada Humaira kerana Amirul tu sedikit pemalu orangnya tapi tak
sangka dia betul-betul mendengar kata-kata mak cik. Mak cik tahu, kedatangan
mak cik ke sini hanya nak merisik Humaira untuk dijadikan tunang kepada Amirul tapi
Humaira., mak cik minta maaf, mak cik
sudah ada calon yang sesuai kepada Amirul, mak cik dah berbincang dengan ibu
kepada calon ini, tapi tak sangka pulak hal ini terjadi..'', kata-kata itu
membuat aku tersentap, apa maksud dia sebenarnya.
''emm,,kenapa mak cik tidak memberitahu
Amirul yang makcik sudah ada calon untuknya?..'', pertanyaanku terhadap ibu
Amirul.
''mak cik dah cakap dekat dia tapi dia
tak nak, katanya nak belajar dulu, tapi kalau pasal Humaira boleh pulak, entahlah
makcik pun tak faham, kalaulah ayah Humaira bersetuju tentang perkara ini..mak
cik redha je..cuma makcik nak berterus terang dengan Humaira supaya Humaira
berfikir dulu sebelum mengambil apa-apa tindakan..'', kata Mak cik khadijah
dengan penuh perasaan.
''mak cik, keputusan saya
terletak kepada umi dan ayah saya sahaja'' kataku...''baguslah macam tu, mak
cik pun redha je la dengan keputusannya nanti..jom lah kita masuk ke
dalam,nanti apa pulak dia orang fikir..'', Mak cik khadijah mengangkat
punggungnya dan melangkah masuk ke ruang
tamu dalam rumah.
Aku
mengirinya dari belakang, Kelihatan Amirul dan ayahku sibuk berborak. Bila
terpandangkan muka Amirul, aku jadi serba salah, sekarang hati aku semakin
bercelaru.
''dah habis berborak, saya
dah buat keputusannya. Humaira masih belajar lagi, muda lagi jadi lebih baik
dia belajar dulu supaya tidak menganggu pelajarannya, kalau Amirul betul-betul
suka dekat anak pak cik ni,Amirul tunggu lah dia..inshaAllah, jika dia ada
perasaan terhadap Amirul pasti hatinya tidak akan berubah ,begitu juga dengan
hati Amirul...Jadi pak cik bukan nak menghampakan hati mana-mana pihak,cuma pak
cik nak tengok kejayaan Humaira ke menara gading. Kalau dah jodoh tak
kemana..'', Ayahku telah memberi keputusan yang terbaik buat masa sekarang, sekurang-kurangnya
memberi ruang untuk ku berfikir sejenak.
''emm kalau begitu pendapat
pak cik,saya terima dengan hati terbuka,sekurangnya saya dah berasa puas kerana
sudah meluahkan rasa hati saya terhadap anak pak cik dihadapan ibu, makcik dan
pakcik sendiri, saya mahu beredar dulu ya pakcik..'', Amirul Azharuddin bingkas
bangun dari duduknya dan menyambut tangan
ayahku dan sempat memberi satu senyuman yang amat manis kepadaku menandakan
kepuasan hatinya.
Aku
juga turut mencium tangan mak cik khadijah, semua sudah kelihatan melangkah
kaki ke halaman rumah. Hanya tinggal aku dan Amirul di belakang mereka.
''saya akan tunggu awk?, jagalah
hati awak untuk saya..jaga hati kerana Allah..'', sempat memberikan pesanan
sebelum berangkat pulang.
Pada malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata kerana masih
tergiang-giang kata-kata Amirul Azharuddin bercampur dengan kata-kata ibunya. Aku
buntu dengan perasaan aku, Aku meluru ke bilik air, mengambil wudhuk, aku mahu
meluahkan rasa hati yang tidak tenteram ini kepada kekasih abadiku yang sudah
pasti sentiasa menemani aku saat aku sedih atau gembira, aku menghabiskan masa
aku pada malam itu dengan kekasih abadi berteleku di sejadahku, subhanaAllah
tenangnya rasa hati initeringat dengan kata-kata dari sebuah buku yang
diberikan kepadaku oleh Amirul Azharuddin.
''ketika cinta menyapamu,jangan silau dengan
indahnya dia,
tetapi lihatlah apakah cinta itu akan
membuatmu semakin dekat,
kepada Allah atau tidak..'' (Ahmad Khalil
Juma'ah)
Adakah
cinta yang menyapaku terhadap Amirul Azharuddin membuat aku dekat
padaMU...?..Setiap kali aku buntu dengan pertanyaan hati,aku sentiasa mendekatkan
diri padaMU YA,Allah..Aku tak layak untuk pemuda itu..tinggi ilmunya hanya
layak kepada orang yang setaraf dengannya.
''Cinta itu bukan nak cari yang sempurna tapi
yang menyempurnakannya. Merendah diri tidak salah tapi jangan sampai kehilangan
keyakinan itu yang tak boleh.''.
Tiba-tiba
satu suara kedengaran dari corong telinga ku saat aku masih berteleku di
sejadah.
''umi!..'', aku terus memeluk
erat umiku dengan penuh rasa sayang.
kata-kata
itu membuat aku tersedar dari lamunan, sambil
umiku menggosok ubun-ubun kepalaku..terasa sangat hangat berada dipelukan umi
ketika aku betul-betul memerlukan seseorang berada disisiku ketika ini.
ketika
asyik berada dalam pelukan umi tiba-tiba kedengaran satu mesej masuk melalui
bunyi nada deringnya. Aku mencapai telefon bimbitku yang berada di atas meja
belajarku, aku memandang skrin telefon dengan penuh minat.
''Assalamualaikum saudari,saya mahu berjumpa
dengan saudari esok pada pukul 3.00 petang di Masjid besar berdekatan kawasan bandar, ada benda yang perlu saya
beri kepada Saudari sebelum saya berangkat ke Airport esok..saudari jangan lupa
membawa umi atau sesiapa sahaja utuk menemani saudari ke sana esok..''
''Umi..ustaz
Amirul hantar mesej..dia nak jumpa dengan kak Humaira esok..boleh?..''...aku
terus memberitahu umi tentang isi penulisan yang ditulis oleh Amirul Azharuddin
melalui mesej ini...''Umi xkisah kalau kak Humaira nak jumpa dengan
Amirul..tapi Humaira kena minta kebenaran Ayah..lepas tuu suruh Widad temankan...umi
ada hal esok tak dapat nak temankan''...kata umi...''Umi..perlukah kak Humaira
bawa hadiah untuk ustaz Amirul nanti..''...pertanyaanku kepada umi..''suka hati
kak Humaira la..umi pun tak tahu..hurmm,esok kak Humaira ajak Widad keluar
awal-awal sikit..pergilah beli apa yang patut untuk Amirul..''...jawab umiku
sambil meluru keluar dari bilikku.