Wednesday 28 May 2014

Redha dengan ketentuan Ilahi

    Allah SWT amat menyayangi hambanya..sesungguhnya Allah SWT tidak akan membebankan seorang hambanya tanpa kemampuannya sendiri..Allah tidak akan sesekali membebankan seseorang manusia itu..sentiasa la berbaik sangka dengan Allah ,redha dengan setiap keputusan yang Allah tetapkan pada kita walaupun pahit untuk kita menerimanya, insyaAllah Allah akan menyayangi kita kerana kita bersabar di atas ujianNya. Tidak didatangkan ujian , melainkan di situ ada nilai kekuatan..
Berdasarkan buku yang saya baca ada tertulis,
ada orang mampu bertahan dengan susahnya ujian,tetapi gagal dalam ujian yang senang.
bagaimana boleh jadi begitu?
  kerana apabila semakin senang ujian itu,maka kita kian kurang berhati-hati menggerakkan langkah dalam kehidupan .Namun,dengan susah,kita akan lebih berhati-hati.

Yang pasti, bila kita asyik memikirkan kenapa dan mengapa Allah tentukan begini, kenapa tidak begitu, kita akan tersesat jalan dan nafsu dan syaitan akan mendorong kita melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Natijahnya, kebahagiaan yang cuba kita cari sendiri dengan tidak redha dengan ketetapan Allah pada kita sebenarnya adalah musibah dan bala yang akan menimpa hidup kita.(Maghfirah's blog)


        Bukan sengaja ALLAH mahu menguji kita.DIA menguji untuk memberi sesuatu yang lebih besar dan lebih baik kepada kita.
        
      ALLAH telah berfirman dengan maksud:
'' Apakah mereka menyangka mereka akan ditinggalkan selepas mereka berkata kami beriman sedangkan mereka belum diuji?''
        
        sentiasa bersangka baik dengan Allah..Tempuhilah ujian ini dengan redho...


  

cerita 4


    Sudah dua tahun berlalu,kini Aisa sudah menjangkau umur 14 tahun.Menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak mempunyai pelbagai perubahan.Selama dua tahun ini juga Aisa telah berpindah ke rumah yang lebih selesa daripada tempat tinggalnya dulu.Tempat tinggal dulu dan sekarang mempunyai banyak perbezaannya,dengan keselesaannya,saiznya,dan nampak kemewahannya.Tapi semuanya rezeki Allah SWT siapa yang tahu.Sudah dua tahun Aisa tinggal di rumah itu bersama ibu,ayah dan empat adik beradiknya yang lain.Alhamdulillah Aisa juga dikurniakan seorang lagi adik perempuan yang amat manis rupanya yang sekarang telah berumur 2 tahun.Walaupun adiknya mempunyai semua kesempurnaan sifat daripada sifat fizikalnya,adiknya ini juga mempunyai kelemahan yang tak dapat dielakkan,semuanya ketentuan ilahi.Aisa amat menyayangi adiknya ini yang dianggap adik bongsunya ketika itu.Ketidaksempurnaan ini kelihatan semasa adiknya masih bayi lagi,mengalami masalah usus yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna.Tapi Aisa dan keluarganya amat bersyukur kerana adiknya ini mempunyai kelebihan daripada kecerdikan yang terselah daripada usianya yang terlalu muda.Sungguh tidak disangka kuasa Allah SWT,setiap kelemahan pasti ada kelebihannya.Aisa pergi ke sekolah pada sesi petang oleh itu Aisa dapat menjaga dua orang lagi adiknya yang masih kecil dan tidak bersekolah.Antara umur tiga tahun dan dua tahun,mereka sangat akrab,mungkin kerana jarak perbezaan umur mereka tidak jauh.Setiap pagi Aisa bangun solat subuh,melihat adiknya yang lain antara umur dua belas tahun dan tujuh tahun bersiap ke sekolah,sebelum ibu pergi kerja,ibunya selalu berpesan agar Aisa membuat semua kerja rumah sebelum tinggalkan rumah dan jaga adik-adik elok-elok.Aisa akur dengan pesanan itu dengan hati yang rela.Setiap kali itu lah,awal-awal lagi Aisa bangun dari tidurnya dalam pukul 8.00 pagi Aisa akan pastikan adiknya juga bangun dari tidurnya untuk mandi,selepas memandikan adik-adiknya,Aisa bukakan televisyen ,siaran tv 2 cerita karton,adik-adiknya sangat minat akan cerita karton terutamanya cerita spongebob squarepants.Tersenyum Aisa melihat gelagat adik-adiknya tutut menghayati cerita itu dengan lagu yang entah apa-apa.Aisa siapkan sarapan untuk adik-adinya dan untuk dirinya sendiri.Kadang-kadang Aisa buatkan nasi goreng untuk dimakan jika ibunya tak sempat untuk membelikan nasi di kedai.Aisa faham akan kesibukkan ibunya untuk mecari rezeki yang halal,pasti memenatkan.Setelah selesai memastikan kecukupan yang di buat untuk adiknya,Aisa akan mempersiapkan segala persiapan untuk dirinya pula,Aisa melipat semua baju sekolah dan salin semua jadual sekolah.Letakkan di satu tempat yang mudah untu Aisa melihat agar Aisa tidak tertinggal nanti sebelum ke rumah neneknya.Setelah selesai semua hal tersebut Aisa memulakan dengan melakukan kerja rumah,mengemas bilik,ruang tamu,dapur,bilik ibu dan ayah,basuh kain,sidai kain dan lain-lain lagi.Tepat pada pukul 10.30 pagi ,Setelah selesai Aisa membawa adik-adiknya dengan membawa sedikit bekalan untuk adik-adiknya dan tidak lupa juga beg sekolah dan baju sekolahnya untuk di bawa ke rumah neneknya.Dalam 500 meter lebih kurang Aisa membawa adiknya dengan berjalan kaki ke rumah neneknya.Aisa akan meninggalkan adiknya bersama datuknya di sana sebelum ke sekolah.Setelah sampai ke rumah nenekny dalam pukul 11.15 pagi,Aisa terus mempersiapkan dirinya untuk ke sekolah sebelum terlambat.Setelah semuanya selesai Aisa akan berangkat ke sekolah dengan menunggu bas sekolah untuk menjemputnya.Walaupun berat rasa hati untuk meninggalkan adik-adiknya,tapi apa kan daya,Aisa pasrah dan erserah pada ALLAH sahaja.Begitulah rutin harian Aisa semasa di bangku sekolah menengah,setiap hari,dua tahun, sama sahaja....(sambungan di cerita ke 5)

No comments: