Monday 26 May 2014

Ketenangan Hati

     
    Bagaimana nak mendapatkan ketenangan hati ek?..Perlu kah kita keluarkan duit berjuta-juta ringgit semata-mata nak dapat ketenangan hati?..Jika ditanyakan dengan soalan yang begini pasti ada jawapan yang menyatakan ,kalau nak ketenangan hati senang je..keluar la bersiar-siar/jalan-jalan ambil angin..tengok kehijauan pokok,rasai ketenangan tu,rasa nyaman je...
    Ish tak best la bila hati tak tenang nie..rasa nak marah je..rasa nak menangis je..rasa sedih je..kenapa???..Kadang-kadang ada juga yang mempunyai soalan yang begini..tak tahu kenapa hati jadi tak tenang .. mungkin kerana dosa-dosa yang di lakukan atau kerana kesilapan diri kita sendiri..
  


Dalam satu buku yang saya baca ada tertulis,Tidak perlu pergi jauh.Ketenangan hati sebenarnya sudah ada terlalu dekat dengan kita.Tapi,dimana? Renungkanlah firman ALLAH  yang bermaksud ''Hanya dengan mengingati ALLAH , hati-hati akan menjadi tenang.(ar-ra'd:28)
  Ketenangan hati yang hakiki itu sebenarnya ada pada ALLAH.DIA itu terlalu hampir dengan kita .Bahkan , hampirnya DIA sehingga digambarkan dalam satu  lagi firman-NYA 
''Dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya''(Qaf:16)
    Maka ,kenapa kita mencari ketenangan selain daripada DIA? Alam ini dan segala isinya,bukankah semua itu ciptaan-NYA?
     Lalu,kenapa kita perlu mencari ketenangan daripada makhluk-NYA ketika DIA sendiri mampu untuk menenang dan membahagiakan kita?

Dalam satu lagi buku yang saya baca ada tertulis,untuk mencari ketenangan yang betul-betul ketenangan . Ingat lah ALLAH melaui zikirullah , cari lah seorang sahabat untuk di luahkan perasaan itu..jangan dipendamkan perasaan itu.Terdapat beberapa golongan manusia.
     Antaranya ialah Golongan manusia pertama yang  suka mengadu perasaannnya dan masalahnya kepada sahabat sahaja.Golongan manusia kedua yang suka mengadu perasaannya pada ALLAH dan sahabatnya.
     Terbaik golongan adalah golongan yang kedua,sesungguhnya ALLAH adalah tempat mengadu dan tempat luahan yang paling terbaik kerana ALLAH maha mengetahui kerana DIA yang mentadbir hati sekalian manusia.Manusia hanyalah perantaraan sahaja sebagai pemberi nasihat yang kita gunakan untuk menenangkan hati manusia dengan berkongsi pendapat dan masalah.

No comments: