Saturday 31 May 2014

Bagaimana ingin menghadapi penghinaan ??

      
  Penghinaan yang dilemparkan kepada kita oleh hamba Allah yang bergelar manusia adalah suatu kekuatan kepada kita jika kita menganggap penghinaan itu sebagai pendorong kepada kita untuk tidak terhina lagi dan agar terus memperbaiki diri untuk jadi yang lebih baik...Bagi orang yang menerima penghinaan itu sebagai kelemahan diri,penghinaan itu akan terus menjadi kelemahan ibarat seperti racun tikus yang menular dalam badan manusia,secara diam akan melemahkan seseorang...
  •  Penghinaan manusia kerana rupa paras kita,ingat satu je..Allah yang menciptakan manusia bukan untuk menilai rupa parasnya tetapi akhlaknya dan keimanannya..Kalau kita tahu kita tidak mempunyai kecantikan atau kehenseman cubalah ubah diri kita untuk menjadi baik dan cantik dimata Allah,tiada nilainya cantik dari pandangan manusia tetapi besarnya nilai cantik dari pandangan Allah..
    
 Hanya kepada Allah sahaja kita berserah,penghinaan ini akan membuatkan kita menjadi lebih tabah..    

Baginda s.a.w. lebih teruk dihina berbanding kita semua, akan tetapi hanya kondisi jiwa yang hampir dengan Allah s.w.t.-lah yang dapat menenangkan hati seseorang itu kerana tahu bahawa cacian itu sebenarnya adalah ujian dari Allah untuk kita terus merasakan diri kita tidak sempurna disisi Allah s.w.t..

cerita 5


    Setiap kali Aisa meninggalkan adik-adiknya di rumah neneknya,hatinya pasti rusing dan memikirkan tentang keadaan adik-adiknya.Aisa berharap sangat adiknya tidak apa-apa.Bukannya risaukan tentang keselamatan mereka berdua tetapi risau akan keadaan adiknya,sama ada gembira atau sedih,takut di hina,Tapi tak apa Allah sentiasa bersama mereka.Anisah dan Annur selalu menceritakan tentang penghinaan yang selalu adiknya yang bongsu iatu Analisa terpaksa hadapi,mungkin bagi mereka yang menghina,mereka akan anggap ini semuanya gurauan tetapi bagi yang terasa terhina menganggap ini adalah satu penghinaan yang boleh membuatkan seseorang menjadi sedih.Memang ini semuanya gurauan tetapi kenapa mereka yang menghina ketawa yang dihina menangis???..Adakah ini gurauan tu??..Aisa turut berasa sedih akan penghinaan yang adiknya,Analisa terima.Dia terlalu muda untuk menghadapi penghinaan sedemikian,apa salah dia??..Dia tak minta lahir ke dunia ni dengan tidak sempurna..Rungutan Aisa yang ingin di luahkan tentang ketidak adilan yang Analisa terima.Tanpa Aisa sedari air mata juga menemaninya,Anisah dan Annur selalu membelikan Analisa gula-gula atau sedikit buah tangan agar Analisa tidk berasa kesunyian.Bertapa sedih hati seorang kakak apabila melihat adiknya berada di depan pintu rumah keseorangan,bila di tanya kenapa.Analisa selalu cakap yang dia tunggu ayah.''tak nak masuk dalam rumah sebab adik buang air besar nanti berbau''.perkataan itulah yang membuat hati Aisa tersangat sayu dan sedih.Analisa menghidapi penyakit usus yang doktor sendiri tidak dapat mengesan tentang puncanya dimana.Hal itu menyebabkan Analisa membuang air besar dengan tidak normal,Analisa terpaksa memaksa bahan-bahan kumuhan itu keluar dengan menggunakan seluruh tenaganya.Dia tak seperti orang lain.Perut Analisa sangat buncit kerana doktor cakap Analisa mempunyai banyak bahan-bahan kumuh yang tidak dapat di keluarkan dengan normal,jadi Analisa terpaksa memaksa bahan-bahan kumuh tersebut keluar,baunya juga terlalu busuk sehinggakan memuntahkan orang yang terbau akan bahan kumuhan itu.Doktor cakap sebabnya Bahan - bahan kumuh tersebut dah terbiar terlalu lama di dalam perutnya tanpa di buang sebab itulah baunya juga tidak normal seperti orang lain.Bertapa  bersyukurnya manusia yang normal yang mempunyai kesihatan yang baik.Disebabkan ketidak normal itu lah yang menyebabkan Analisa dihina,kerana baunya yang tidak menyenangkan.Analisa sedar dan faham sangat bila orang menghinanya begitu.oleh sebab itu dia cuba untuk menyisihkan dirinya , dia akan berpura-pura menunggu ayahnya di luar,dia taknak orang lain berasa tidak selesa dengan kehadirannya.Aisa berasa amat sedih bila mendengar cerita adiknya,Anisah dan Annur yang juga berasa sedih akan adiknya.Aisa tidak berasa kecewa jika mereka semua menghina dirinya seorang tetapi bukan adik-adiknya,Tetapi jika mereka menghina adik-adiknya itulah yang menyebabkan Aisa terlalu kecewa dengan sikap orang dewasa yang terlalu mementingkan diri sendiri.'' Apa salah Analisa??''air mata juga turut menemaninya,tidak sanggup membayangkan keadaan yang ditanggung oleh Analisa..
(sambungan cerita 6...)

Wednesday 28 May 2014

Redha dengan ketentuan Ilahi

    Allah SWT amat menyayangi hambanya..sesungguhnya Allah SWT tidak akan membebankan seorang hambanya tanpa kemampuannya sendiri..Allah tidak akan sesekali membebankan seseorang manusia itu..sentiasa la berbaik sangka dengan Allah ,redha dengan setiap keputusan yang Allah tetapkan pada kita walaupun pahit untuk kita menerimanya, insyaAllah Allah akan menyayangi kita kerana kita bersabar di atas ujianNya. Tidak didatangkan ujian , melainkan di situ ada nilai kekuatan..
Berdasarkan buku yang saya baca ada tertulis,
ada orang mampu bertahan dengan susahnya ujian,tetapi gagal dalam ujian yang senang.
bagaimana boleh jadi begitu?
  kerana apabila semakin senang ujian itu,maka kita kian kurang berhati-hati menggerakkan langkah dalam kehidupan .Namun,dengan susah,kita akan lebih berhati-hati.

Yang pasti, bila kita asyik memikirkan kenapa dan mengapa Allah tentukan begini, kenapa tidak begitu, kita akan tersesat jalan dan nafsu dan syaitan akan mendorong kita melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Natijahnya, kebahagiaan yang cuba kita cari sendiri dengan tidak redha dengan ketetapan Allah pada kita sebenarnya adalah musibah dan bala yang akan menimpa hidup kita.(Maghfirah's blog)


        Bukan sengaja ALLAH mahu menguji kita.DIA menguji untuk memberi sesuatu yang lebih besar dan lebih baik kepada kita.
        
      ALLAH telah berfirman dengan maksud:
'' Apakah mereka menyangka mereka akan ditinggalkan selepas mereka berkata kami beriman sedangkan mereka belum diuji?''
        
        sentiasa bersangka baik dengan Allah..Tempuhilah ujian ini dengan redho...


  

cerita 4


    Sudah dua tahun berlalu,kini Aisa sudah menjangkau umur 14 tahun.Menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak mempunyai pelbagai perubahan.Selama dua tahun ini juga Aisa telah berpindah ke rumah yang lebih selesa daripada tempat tinggalnya dulu.Tempat tinggal dulu dan sekarang mempunyai banyak perbezaannya,dengan keselesaannya,saiznya,dan nampak kemewahannya.Tapi semuanya rezeki Allah SWT siapa yang tahu.Sudah dua tahun Aisa tinggal di rumah itu bersama ibu,ayah dan empat adik beradiknya yang lain.Alhamdulillah Aisa juga dikurniakan seorang lagi adik perempuan yang amat manis rupanya yang sekarang telah berumur 2 tahun.Walaupun adiknya mempunyai semua kesempurnaan sifat daripada sifat fizikalnya,adiknya ini juga mempunyai kelemahan yang tak dapat dielakkan,semuanya ketentuan ilahi.Aisa amat menyayangi adiknya ini yang dianggap adik bongsunya ketika itu.Ketidaksempurnaan ini kelihatan semasa adiknya masih bayi lagi,mengalami masalah usus yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna.Tapi Aisa dan keluarganya amat bersyukur kerana adiknya ini mempunyai kelebihan daripada kecerdikan yang terselah daripada usianya yang terlalu muda.Sungguh tidak disangka kuasa Allah SWT,setiap kelemahan pasti ada kelebihannya.Aisa pergi ke sekolah pada sesi petang oleh itu Aisa dapat menjaga dua orang lagi adiknya yang masih kecil dan tidak bersekolah.Antara umur tiga tahun dan dua tahun,mereka sangat akrab,mungkin kerana jarak perbezaan umur mereka tidak jauh.Setiap pagi Aisa bangun solat subuh,melihat adiknya yang lain antara umur dua belas tahun dan tujuh tahun bersiap ke sekolah,sebelum ibu pergi kerja,ibunya selalu berpesan agar Aisa membuat semua kerja rumah sebelum tinggalkan rumah dan jaga adik-adik elok-elok.Aisa akur dengan pesanan itu dengan hati yang rela.Setiap kali itu lah,awal-awal lagi Aisa bangun dari tidurnya dalam pukul 8.00 pagi Aisa akan pastikan adiknya juga bangun dari tidurnya untuk mandi,selepas memandikan adik-adiknya,Aisa bukakan televisyen ,siaran tv 2 cerita karton,adik-adiknya sangat minat akan cerita karton terutamanya cerita spongebob squarepants.Tersenyum Aisa melihat gelagat adik-adiknya tutut menghayati cerita itu dengan lagu yang entah apa-apa.Aisa siapkan sarapan untuk adik-adinya dan untuk dirinya sendiri.Kadang-kadang Aisa buatkan nasi goreng untuk dimakan jika ibunya tak sempat untuk membelikan nasi di kedai.Aisa faham akan kesibukkan ibunya untuk mecari rezeki yang halal,pasti memenatkan.Setelah selesai memastikan kecukupan yang di buat untuk adiknya,Aisa akan mempersiapkan segala persiapan untuk dirinya pula,Aisa melipat semua baju sekolah dan salin semua jadual sekolah.Letakkan di satu tempat yang mudah untu Aisa melihat agar Aisa tidak tertinggal nanti sebelum ke rumah neneknya.Setelah selesai semua hal tersebut Aisa memulakan dengan melakukan kerja rumah,mengemas bilik,ruang tamu,dapur,bilik ibu dan ayah,basuh kain,sidai kain dan lain-lain lagi.Tepat pada pukul 10.30 pagi ,Setelah selesai Aisa membawa adik-adiknya dengan membawa sedikit bekalan untuk adik-adiknya dan tidak lupa juga beg sekolah dan baju sekolahnya untuk di bawa ke rumah neneknya.Dalam 500 meter lebih kurang Aisa membawa adiknya dengan berjalan kaki ke rumah neneknya.Aisa akan meninggalkan adiknya bersama datuknya di sana sebelum ke sekolah.Setelah sampai ke rumah nenekny dalam pukul 11.15 pagi,Aisa terus mempersiapkan dirinya untuk ke sekolah sebelum terlambat.Setelah semuanya selesai Aisa akan berangkat ke sekolah dengan menunggu bas sekolah untuk menjemputnya.Walaupun berat rasa hati untuk meninggalkan adik-adiknya,tapi apa kan daya,Aisa pasrah dan erserah pada ALLAH sahaja.Begitulah rutin harian Aisa semasa di bangku sekolah menengah,setiap hari,dua tahun, sama sahaja....(sambungan di cerita ke 5)

Monday 26 May 2014

Ketenangan Hati

     
    Bagaimana nak mendapatkan ketenangan hati ek?..Perlu kah kita keluarkan duit berjuta-juta ringgit semata-mata nak dapat ketenangan hati?..Jika ditanyakan dengan soalan yang begini pasti ada jawapan yang menyatakan ,kalau nak ketenangan hati senang je..keluar la bersiar-siar/jalan-jalan ambil angin..tengok kehijauan pokok,rasai ketenangan tu,rasa nyaman je...
    Ish tak best la bila hati tak tenang nie..rasa nak marah je..rasa nak menangis je..rasa sedih je..kenapa???..Kadang-kadang ada juga yang mempunyai soalan yang begini..tak tahu kenapa hati jadi tak tenang .. mungkin kerana dosa-dosa yang di lakukan atau kerana kesilapan diri kita sendiri..
  


Dalam satu buku yang saya baca ada tertulis,Tidak perlu pergi jauh.Ketenangan hati sebenarnya sudah ada terlalu dekat dengan kita.Tapi,dimana? Renungkanlah firman ALLAH  yang bermaksud ''Hanya dengan mengingati ALLAH , hati-hati akan menjadi tenang.(ar-ra'd:28)
  Ketenangan hati yang hakiki itu sebenarnya ada pada ALLAH.DIA itu terlalu hampir dengan kita .Bahkan , hampirnya DIA sehingga digambarkan dalam satu  lagi firman-NYA 
''Dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya''(Qaf:16)
    Maka ,kenapa kita mencari ketenangan selain daripada DIA? Alam ini dan segala isinya,bukankah semua itu ciptaan-NYA?
     Lalu,kenapa kita perlu mencari ketenangan daripada makhluk-NYA ketika DIA sendiri mampu untuk menenang dan membahagiakan kita?

Dalam satu lagi buku yang saya baca ada tertulis,untuk mencari ketenangan yang betul-betul ketenangan . Ingat lah ALLAH melaui zikirullah , cari lah seorang sahabat untuk di luahkan perasaan itu..jangan dipendamkan perasaan itu.Terdapat beberapa golongan manusia.
     Antaranya ialah Golongan manusia pertama yang  suka mengadu perasaannnya dan masalahnya kepada sahabat sahaja.Golongan manusia kedua yang suka mengadu perasaannya pada ALLAH dan sahabatnya.
     Terbaik golongan adalah golongan yang kedua,sesungguhnya ALLAH adalah tempat mengadu dan tempat luahan yang paling terbaik kerana ALLAH maha mengetahui kerana DIA yang mentadbir hati sekalian manusia.Manusia hanyalah perantaraan sahaja sebagai pemberi nasihat yang kita gunakan untuk menenangkan hati manusia dengan berkongsi pendapat dan masalah.