Tuesday 25 March 2014


  kisah cinta...

Dalam realiti kehidupan sekarang,lelaki dan perempuan mustahil di pisahkan.Masing-masing mempunyai cinta tersendiri dan saling memerlukan antara satu sama lain.

   Tapi bagaimanakah perasaan cinta itu di gunakan???...terdapat dalam satu buku yang saya telah baca ada menyatakan ... susah untuk kita mengelak apabila rasa cinta sudah menerpa di hati.Tambahan pula dengan persekitaran yang tidak islamik dan budaya masyarakat yang jauh dari jalan ALLAH,membuatkan kita berasa janggal untuk mengamalkan sesuatu yang sunnah.
   
   Akan tetapi , perasaan cinta ini datang kepada sesiapa sahaja tanpa isyarat.Tahu-tahu ia sudah ia sudah wujud dalam hati.Hanya kekuatan diri sahaja menjadi senjata agar tidak tergoda dengan hawa nafsu."oh tuhanku berikanlah ketenangan abadi untuk ku menghadapi,resahnya hati ini mendambarkan kasih insan yang ku sayang,di hati ini hanya tuhan yang tahu,di hati ini aku rindu pada mu,tulus sanubari menantikan hadir mu,hanya kau gadis pilihanku'..

    Cinta memang indah untuk di bayangkan.terlalu indah.Malah,cinta tidak pernah bosan untuk di perkatakan.bertapa indahnya cinta.Cinta tidak akan hilang selagi manusia hidup di dunia .Ia akan sentiasa hadir dalam hidup seseorang yang tidak jemu untuk mengenal dan mencari makna tentang maksud tentang cinta sebenar.

     

cerita 1

sekolah rendah

  Anisa atau panggilan manjanya ialah Aisa merupakan seorang yang sangat jarang bercakap dan bergaul,akan tetapi jauh di sudut hatinya dia amat kesepian dan memerlukan sahabat.dia cuba mencari sahabat tetapi tiada siapa yang suka akan dirinya.mungkin kerana Anisa seorang yang pediam dan tidak pandai bergaul.Kehidupan Anisa hanya sederhana sahaja.Anisa datang dari sebuah keluarga yang sedikit porak-perandak dek akibat perbalahan antara kedua ibu bapa nya membuatkannya amat kesepian dan tertekan.Dia merupakan tunjang akar kepada keluarganya.Setiap masalah yang berlaku dia lah yang akan cuba berfikir untuk mencari penyelesaiannya,walaupun Anisa masih kecil dan masih tidak matang tentang kehidupan namun,dia juga mempunyai perasaan dan memahami tentang masalah yang dialaminya.Apabila Anisa melihat ibu bapanya mula bergaduh..Anisa akan membawa adik-adiknya masuk ke dalam bilik sebab dia tidak mahu adik-adiknya juga turut terlibat dalam pergaduhan tersebut..Biasa la bila seseorang dikuasai oleh kemarahan macam-macam oleh berlaku.Melihat kepada adik-adiknya yang tidak mengerti apa yang terjadi antara ibu dan ayah.Anisa cuba tenangkan mereka dengan gurauan senda.Walaupun di dasar hatinya penuh dengan air mata akibat kesedihan.Anisa sering bertanya kepada dirinya sendiri.kenapa dengan ibu dan ayah..apa yang terjadi??..Anisa betol-betol tak mengerti..Apabila keadaan sudah kembali tenang,ibu Anisa akan masuk bilik Aisa untuk melihat keadaan Aisa dan adik-adiknya.Aisa tahu akan kehadiran ibunya tetapi Aisa buat-buat tidur supaya ibunya tidak perasan akan kehadirannya.Juh di sudut hatinya,mahu saja dia bertanyakan tentang hal tadi.tapi dia takut..takut ibunya memarahinya dan akan berasa sedih apabila Aisa bertanya tentang hal tersebut.Aisa sangat menyayangi ibunya sepenuh hati.dia tidak sanggup melihat ibunya menangis selepas pergaduhan dengan ayahnya..sebab itu lah Aisa pura-pura tidur semasa kehadiran ibunya..cinta dan kasih sayang terhadap ibunya amat mendalam..

                                                                             (sambungan cerita 2)

No comments: