Tuesday 25 March 2014

 

just be careful with your heart 

jagalah hati kerana Allah..


CINTA DENGAN HATI YANG TENANG..

 sesuatu yang indah tentang cinta ialah cinta boleh wujud di mana- mana sahaja.Pasti  semua orang mempunyai cerita sendiri tentang cinta sebab semua orang yang masih bergelar manusia pasti akan merasai perasaan cinta . Mungkin sewaku di sekolah kita mempunyai perasaan terhadap seseorang yang di minati atau tanpa kita duga ada sahaja orang yang berkirim salam dan ingin berkenalan dengan kita.Begitulah bermulanya cinta berputik.Ada yang berani meluahkan rasa cinta dan ada juga yang suka pendamkan perasaan cinta.
   Cinta yang berputik jika dipendam adakalanya membuatkan kita berasa lebih tenang dan tenteram berbanding jika dicurahkan.Jika kita berani meuahkan perasaan cinta kepada orang yang kita jatuh cinta,kita juga mesti berani menanggung risiko jika cinta ditolak.
   Semua manusia tidak sama,adakalanya mereka lebih suka untuk pendamkan daripada luahkan.Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.Ada orang lebih senang menyimpan rasa cinta sehingga bertahun-tahun tanpa diberitahu perasaan sebenar.Mungkin cinta yang hadir hanya diluahkan melalui kawan,diari,atau diterjemahkan melalui tingkah laku seseorang yang menunujukan perwatakan yang berbeza bila bertemu dengan seseorang yang telah kita jatuh cinta.
   kata-kata ini semuanya dari satu buku yang telah saya baca,katanya dalam islam tidak menyuruh seseorang itu mendekati zina.oleh itu, dari awal lagi kita perlu menghindarinya.saya belum kukuh lagi dengan ilmu agama dan tidak sanggup mengambil risiko yang akan berlaku sebab saya tahu tahap kemampuan saya.saya mudah alpa dan mudah tergoda.saya tidak sanggup menghadapi kesan buruk yang akan berlaku jika saya bercinta sebeum nikah,eloklah saya pendamkan dahulu perasaan yang sedang bertamu dihati.
          saya akan nikmati rasa cinta anugerah ALLAH ini dengan perasaan yang tenang .Tunggu sahaja masanya tiba.tidak lari gunung di kejar.jika betol-betol dia jodoh saya.saya akan tunggu saat-sat itu dengan sabar . menahan segala godaan syaitan yang akan melunturkan iman saya..saya akan tetap tenang..saya akan tenang berdoa kepada ALLAH agar kuatkan iman saya daripada terlalu merinduinya..insya allah..sesungguhnya ALLAH maha mengetahui..

No comments: