Thursday 23 October 2014

      

SeOrAnG hAmBa ALLAH yAnG hEbAt...




    saat aku hanyut dibuai rasa kehangatan cinta anugerah Allah kepada manusia..cinta antara sang Hawa dan sang Adam...aku terus terleka bertapa hina perbuatan aku di mata Allah...tapi aku tak pernah tahu adakah perbuatan ini satu ''DOSA''...aku hanya terbuai dengan segala keindahan cinta tuu..rasa disanyangi seperti mimpi menjadi kenyataan...luahan rasa cinta dan sayang membuat aku hanyut..disebabkan terlalu bahagia dibuai dengan kata-kata manis seorang lelaki...aku mula menaruhkan perasaan dendam kepada seorang lelaki kerana seorang lelaki yang telah membuatkan mula membencinya...Walaupun aku mula terbuai dengan rasa kehangatan cinta namun hati kecil ku tetap terdetik untuk membenci...Aku tidak pernah mengetahui bahawa ''COUPLE'' itu haram...aku mula memainkan perasaan seorang lelaki..aku mahu dia mengetahui apa yang seorang perempuan rasa apabila disakiti..
     
       Pada suatu ketika...Allah telah menemukan aku dengan seorang hamba Allah yang sangat hebat perilakunya..pertemuan ni terjadi semasa aku membuka satu laman sesawang sosial..niat aku untuk mempermainkan dia..tapi dengan kata-kata yang diberi..teguran dia terhadap aku..membuat aku tersentap..sungguh indah kata-kata dia untuk menegurku..selama ini ramai yang menegurku tapi aku tidak pernah peduli walaupun teguran itu sangat lembut bahasanya...''Apakah maksud semua ni Ya Allah..??''...aku tertanya-tanya apa maksud semua ni...tetapi apabila seorang hamba Allah yang hebat itu menegurku,ku tersentap..Setiap kata-kata dan nasihat yang diberi, aku lakukan tanpa sedikit bantahan...aku pernah meletakkan gambar yang tidak menutup aurat yang sempurna walaupun aku memakai jilbab...dia menegurku..sejak itu baru aku mengerti bahawa aurat wanita bukan setakat menutup rambutnya sahaja tetapi keseluruhan tubuhnya perlu ditutup dari pandangan mata lelaki yang bukan mahram...sejak dari itu aku mula menjadi rapat mengenalinya sebagai seorang ustaz,teman rapat dan seorang guru kepadaku..setiap ilmu yang diberi aku pratikkan dengan baik...aku yang dulu bukan la yang sekarang..aku mula menanamkan tekad yang dalam untuk menjadi seorang srikandi muslimah yang sejati bukan untuk tatapan lelaki semata-mata...
      
       Hari demi hari berlalu..aku mula memahami erti seorang sahabat yang sebenar..selama ini aku ada ramai kawan atau sahabat,lelaki mahupun perempuan..tetapi semuanya ibarat seperti duit syiling bukan seperti cermin...duit syiling didepan lain di belakang lain..cermin didepan sama dibelakang pun sama...kalau aku sedih,tiada siapa yang mahu mendengar rintihan aku kecuali seorang hamba Allah yang hebat itu...Allah adalah tempat mengadu yang terbaik..Allah menghantar seorang sahabat untuk kita meluahkan perasaan supaya seorang sahabat dapat menasihati dan mendengar rintihan kita...setiap manusia tidak lari daripada menerima ujian Allah terutamanya manusia dalam menuju jalan ke perubahan yang baik...Aku berasa senang bila mendengar nasihat dia tatkala aku sedih..
        
     sudah lebih setahun aku mengenalinya di alam maya..aku pernah menemuinya hanya sekadar untuk berjumpa dengannya buat kali terakhir sebelum dia merantau mencari ilmu di negeri orang...bertapa sedih bila aku terpaksa berjauhan dengannya..kalau aku ada masalah siapa yang sudi mendengar?...tidak pernah aku berasa sedih sedemikian sebelum ini walaupun aku ada banyak masalah...seharian aku berteleku dihadapan sejadah..memohon agar Allah menenangkan hatiku dan mempermudahkan perjalannya ke sana..tetapi semakin dekat kepermegiaanya ke negeri orang, aku mula merasa resah tak keruan...aku berteleku dan bermunajat kepada Allah..hanya Allah yang mengerti perasaan aku..aku sendiri pun tidak mengerti mengapa perlu aku mengeluarkan air mata ini..Aku menunggu panggilannya dan balasan mesejnya kepadaku sebelum dia berangkat pergi..tetapi tiada satu pun yang terjawab..aku masih berteleku di sejadah memohon petunjuk Allah...tidak sampai 5minit keberangkatannya ke sana..telefonku berdering...senyumman yang ku ukirkan setelah melihat gerangan hamba Allah yang menelefonku , bertapa syukurnya bila dapat mendengar kata-kata nasihat dia sebelum dia pergi...''jaga diri..ingat Allah..jaga aurat..jangan lupa pakai tudung labuh,stoking,handsock sebelum keluar rumah..''...Tidak tertahan sebak didada..aku hanya mengiyakan sahaja setiap nasihat yang diberi..''awk jangan lupa buka laman sosial ok..nanti kalau saya ada masalah saya nak awak mendengar melalui tulisan mesej saya ya?...kalau dah sampai dekat sana jangan lupa call atau mesej saya ya?..''..dia mengiyakan kata-kataku dan meletakkan gagangan telefon tersebut.
         
     aku harap dia masih mahu dan sudi menerima aku sebagai seorang sahabat yang sentiasa memberi nasihat tatkala aku lalai atau tatkala aku mahukan jawapan yang sukar...sejak aku mengenali seorang hamba Allah yang hebat itu..setiap perwatakan ku,aku tidak pernah berlakon semuanya diri aku yang sebenar... aku bukanlah seorang gadis yang pandai atau berakhlak mulia sangat tapi aku cuba untuk menjadi muslimah yang terbaik...inshaAllah..

     aku tidak akan lupa akan pesan seorang hamba Allah yang hebat ini...''jagalah hati awak untuk orang selanyaknya..sebab lelaki yang soleh dia akan tanya sama ada kita pernah bercouple atau tidak...kalau kita tidak bercouple lagi maksudnya hati kita masih suci untuk bakal suami kita sahaja...dapat first class lagi tuu..''dia menyangka aku tidak pernah bercouple..tapi pada hakikatnya Allah je tahu..aku mahu lupakan kisah silam aku sebab tu aku membohonginya..aku mahu melupakan kisah silam aku...


terima kasih kerana sudi menjadi sahabat terbaik dalam hidup saya..walaupun awk lelaki dan saya perempuan..awk jangan risau saya tidak akan jatuh cinta dengan awk..saya akan tetap menjadi sahabat awk...Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Wednesday 22 October 2014

aku mahu berubah ke jalan mu Ya Allah...aku mahu berubah..
tapi setiap kali kau ingin berubah mesti ada halangan..
adakah kau tidak menerima taubatku Ya Allah..
aku berusaha menjadi wanita yang solehah...menjadi srikandi yang terhebat..aku cuba Ya ALLAH...
bantulah aku Ya Allah..aku takut dengan dunia nie..aku takut akan terjebak dengan maksiat...aku nak berubah...betul..ikhlas...
dulu aku tak pandai nak menutup aurat..sekarang aku jaga aurat aku...aku mahu kau sentiasa meredhaiku Ya Allah...

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk di saat kehausan. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-malaikat-Mu, rasul-rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu.” (Hadits Al-Tirmidzi dalam Jami’ al-Sahih, Rasulullah SAW bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud AS)